Template Power Point & Google Slides Percuma - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 12 May 2019

Template Power Point & Google Slides Percuma


Assalamualaikum semua! Hai... 

Biasa tak guna gambar-gambar dari Freepik? Orang yang selalu buat designing memang biasa la kot dengan Freepik ni sebab kat situ ada banyak free vectors, stock photos, PSD dan ikon... Baru-baru ni Freepikcompany telah menghasilkan satu lagi laman yang bagi saya agak berguna untuk kita, guru-guru dan sesiapa sahaja yang banyak terlibat dalam membuat persembahan (presentation).

Untuk menghasilkan persembahan yang bermutu dan dapat menarik minat audience adalah dengan menggunakan latar belakang yang cantik dan sesuai dengan tajuk yang dipersembahkan.  Berpuluh keping slides bertema yang sama dengan design yang berbeza untuk digunakan semasa memebuat persembahan. Yang menariknya, pengguna boleh memuat turun template tanpa sebarang pendaftaran (login). Boleh terus download jer... Wow! 😍

UPDATE

Pengguna tidak berdaftar dihadkan untuk download 2 set slide sahaja.. manakala pengguna berdaftar boleh download sehingga 10set setiap bulan.. Dulu tiada limit, sekarang ni dah ada limit... 

Okay, macam mana nak dapatkan tempate power point & Google Slides percuma ni?

Pertama

Pergi ke laman https://slidesgo.com/


Kedua

Buat pilihan template yang dikehendaki. 


Ketiga

Download untuk Power Point
atau
Klik Use a Google Slides Theme --- Make a Copy


Keempat 

Boleh mula mengedit perkataan, menambah grafik dll.


Macam mana? Mudah kan? Apa lagi, jom kita download bebanyak template yang cun. Harap-harap peserta / audience tak bosan melihat slide persembahan kita nanti... Hehe... Okay gais, semoga bermanfaat. Jangan lupa share dengan kawan-kawan yang lain ya... :)

Nota kaki : Sesekali pinjamlah hati mereka yang kamu lukai, yang kamu ambil haknya, agar kamu tahu rasanya sabar, agar faham bagaimana ikhlas.

No comments:

Post a Comment