Kelebihan Penggunaan Google Forms + QR Code Untuk Kehadiran - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday, 22 June 2019

Kelebihan Penggunaan Google Forms + QR Code Untuk Kehadiran


Hi all!

Okay, post ni related dengan post Tutorial Google Forms + QR Code Untuk Pengesahan Kehadiran yang saya nak tulis. Saja je nak share dengan korang. Sebenarnya ada banyak kelebihan penggunaan Form + QR Code untuk Pengesahan Kehadiran. Antaranya adalah seperti berikut:-

1. Dapat data yang tepat
(Sebab masing-masing key in sendiri)

2. Mudah untuk buat sijil kehadiran ke penghargaan ke sebab data mentah dah ada dan selalunya data adalah tepat. 

3. Dapat mengurangkan isu kesalahan maklumat terutama dari segi ejaan nama ke nombor IC ke sebab data tu semua orang masukkan sendiri-sendiri. 

4. Lebih cepat. Kalau nak isi borang (kertas), kita kena menunggu seorang demi seorang mengisi borang tu tapi untuk isi form online ni, kita boleh isi secara serentak kat device (handphone/laptop/tablet) masing-masing...

5. Ada timestamp (masa) untuk menentukan siapa yang hantar data (maklumat) terlebih dahulu. 

6. Tak perlu nak taip link untuk isi data, sebaliknya hanya scan QR Code sahaja!

7. Lebih cepat. Boleh print QR Code banyak-banyak... Ikut keperluan. Kalau ramai crowd, print dan pamer QR Code tu banyak sket supaya memudahkan tetamu untuk mengisi data dengan pantas.

8. Yang ni lebih advanced tapi sangat bagus! Boleh buat analisis dengan cepat dan pantas. Contohnya nak tahu bilangan lelaki/perempuan ke, apa-apa je... Boleh dibuat analisis dengan pantas sekali! Hehe.

9. Laporan dapat disediakan dengan mudah. Ini kerana, data dapat dianalisis dan dijadikan dalam bentuk pelbagai carta seperti yang dikehendaki... Carta pie ke carta bar ke... Macam-macam!

10. Paperless. Of coz bila dah menggunakan sistem ini, penggunaan kertas dapat diminimumkan.

Macam mana? Dah study tutorial ke belum ni? Try la buat untuk meeting panitia ke atau pun untuk taklimat ke atau apa-apa mesyuarat akan datang ke... Hehe... Kita kena ikut peredaran semasa tau... Jangan takut untuk berubah. Jangan takut nak mencuba. Tak salah mencuba, jadi tak jadi belakang cerita... Kann... :)

Okay, saya doakan semoga berjaya mengaplikasikan ilmu yang saya kongsikan ni kat sekolah korang. Good luck, gaise! Assalamualaikum... Babai!

Nota kaki : At your absolute best, you still won't be good enough for the wrong person. At your worst, you'll still be worth it to the right person!

No comments:

Post a Comment