Aplikasi Telefon Untuk 'Photo Editing' yang Awesome - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday, 26 June 2019

Aplikasi Telefon Untuk 'Photo Editing' yang Awesome


Assalamualaikum... Hai gais!

Rasanya memang ramai yang suka bab nak mengedit gambar kann... Tambah-tambah untuk jadikan profile picture, mesti semua nak mulus, jelita, hensem, floles... Kikikii... Ni ada beberapa apps yang korang boleh cuba. Ada juga apps yang bukan sahaja boleh memberikan impak floles licin berseri tapi korang juga boleh set fokus, set kan nak blur kat area mana... Perghh... Memang awesome! Ala-ala camera DSLR gitewww uollsss... Memang mengagumkan laa sebab dengan gambar dari handphone biasa-biasa, boleh diedit menghasilkan gambar macam menggunakan kamera mahal...

Selain itu, ada juga apps yang korang boleh gunakan untuk edit gambar jadi poster yang simple & menarik... Poster ucapan Hari Raya ke, poster untuk iklan produk ke... Guna apps telefon je haa... Tak payah nak pening-pening main dengan 'layer' Photoshop... Hehe...

Okay, ni antara apps yang menarik untuk di cuba & mungkin memang korang dah biasa guna dah pun... Boleh download dari Google Play Store atau Apps Store.

1. Snow

Yang ni hasilnya agak 'fake'. Bhahaha... Walau bagaimana pun, Snow ni memang agak popular dikalangan muda-mudi. Gitcheww! Ramai yang suka. Tambahan pula apps ni hadir dengan pelbagai 'aksesori' yang boleh ditambah (add on) pada gambar asal. Nak letak telinga kucing ke, telinga arnab... letak cekak ke... Bunga... Macam-macam ada. Filter pun ada banyak, nak gelapkan gambar ke, nak jadikan gambar bercahaya blink blink ke... Dengan apps ni, memang halus mulus laa muka, cerahhh! Hahaha.. Letops!

2. PicsArt

Apps ni pun sama, ada fungsi filter, add on stickers, nak ubah background ke, nak 'mask' kan dengan bokeh ke... nak masukkan callout (speech bubble) pun hado! Baru je semalam saya promote apps ni kat sorang sahabat... Dia nak buat poster untuk produk yang dijual. Memang superb hasilnya, yang penting kena rajin explore segala fungsi yang ada! Try la... Hehe...

Ni contoh gambar yang diedit menggunakan PicsArt yang ditambah wording dan letak bokeh yang macam cahaya-cahaya tu... Huhu...

3. Easy Snap


Aplikasi ni agak simple nak digunakan. Klik je kat button hidung ke mata ke pastu laraskan je nak besarkan ke, kecikkan ke mata korang tu... Hahaha... Tolong jangan laras lelebih sangat weiihh... Fake sangat sampai orang tak kenal, apa kes... Hahahah.... Berbanggalah dengan muka sendiri! 😁

4. Beauty 360

Yang ni fungsi lebih kurang sama dengan Snow dan sewaktu dengannya... Kasi licin floles letuppss, kasi cun! Haha...

5. Camer - The DSLR Travel Camera Apps

Yang ni untuk Iphone je rasanya... Sapa pakai iPhone boleh ler try!

6. Snapseed

Yang ni memang paling superb & harus dicuba!
Merupakan salah satu produk Google, aplikasi ni antara yang menyediakan tools yang banyak untuk aktiviti edit-mengedit gambar... Ada lense blur untuk blur kan background... Boleh fokus kat area yang kita nak je... Macam-macam ada... Nak glamour glow ke drama ke retrolux ke... Nak edit head post pun boleh wehh... Dari gambar pandang ke kiri nak adjust bagi nampak macam straight sikit pun boleh wehh... Kau rasa?! Hahah... Gituhhh... Ada banyak lagi fungsi, korang explore la, nak cerita pun tak habis... Memang sangat best! Yang penting hasilnya memang letuppss! Macam pakai kamera ribu riban... Huhu... Cuba, jangan tak cuba!


Okay la, setakat ni sahaja perkongsian hari ini... Nak edit gambar kalau boleh jangan la beriya sangat sampai orang tak kenal kau bila berjumpa nanti kat dunia nyata ye... Hahahhaha... Nak tips untuk kulit flawless, boleh baca perkongsian saya yang jujur & ikhlas kat link blog kedua saya ni... Hehe...

LET'S CANTIK! SIMPLE TIPS UNTUK KULIT MUKA YANG SMOOTH, FLAWLESS & BERSERI

TIPS UNTUK MEMULIHKAN MASALAH KULIT MUKA KERING DENGAN SEGERA

Kongsikan kalau bermanfaat! Kalau ada cadangan apps yang lain, sila catatkan di ruangan komen ya... Sharing is caring. Gituhh! Hehe. Take care, gais! Assalamualaikum... Babai! 😉

Nota kaki : Shit happens. Every day. To everyone. The difference is how we respond!~

3 comments:

  1. Salut to u cikgu..... nama saya fariz dari mynic berhad.

    ReplyDelete
  2. sori. hope belum terlambat utk ucap tahniah atas award site of the month in 2017 (tho ni dah 2019) yg exabytes bagi. exabytes is one of our reseller. ever think nak pakai .my domain? u can reach me at fariz@mynic.my

    ReplyDelete