Peduli Pada Siapa Yang Pedulikan Kita Jer... - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday, 18 June 2019

Peduli Pada Siapa Yang Pedulikan Kita Jer...


Halluuu peeps! Assalamualaikum... 

Okay sekali lagi Raihan Jalaludin nak come out dengan post motivasi untuk anda-anda di luar sana yang mungkin mengalami keadaan di mana kita terlebih kisah pasal orang sedangkan orang tak pernah pun kisahkan kita. Haaa... Giteww!~ Kadang-kadang kita ni baik sangat, prihatin sangat kat orang yang ada dalam circle kita. No No No... Jangan salahkan diri! You're not alone, memang masih ada segelintir lagi manusia yang baik hati dalam dunia ni and you should be proud because you are one of them! Tahniah sebab anda memang baik! That's why you care about others... 

Yang sadisnya dalam dunia sekarang, ramai yang dah hilang nilai-nilai kemanusian, kasih sayang, dan sangat ramai yang hadir dalam hidup kita sekadar di pinggiran sahaja... Gitcheww... Maksudnya depa datang dalam hidup kita hanya nak menumpang dan menggunakan kita. Tak kisahlah menggunakan dengan cara apa pun, kelebihan diri ke kewangan ke apa-apa jer... Menumpang bila kita dah senang, yang ni memang bersepah... Dalam adik beradik pun ada berlaku kes macam ni... Bila dah senang, ramai nak mengaku sedara, mengaku kawan... Kannn! Alhamdulillah, nasib baik adik dan orang-orang dalam circle kecil saya tak macam tu. Sayang kamu semua! 😘


Nak nilai keikhlasan orang kepada kita, kita perlu terlebih dahulu ikhlaskan hati kita dengan orang lain

Sebagai manusia yang ikhlas sememangnya akan diberi kelebihan bilamana diri dipergunakan, kita boleh 'sense' yang orang sedang menggunakan kita. Kalau hati kita bersandar kepada Allah sepenuhnya, Allah akan hantar perasaan tu kat kita. Kita boleh nilai orang dengan mata hati kita samada orang tu benar-benar ikhlas atau sekadar nak gunakan kita untuk kepentingan diri dia... So, di sini point pertama saya adalah, sentiasa ikhlaskan hati supaya kita akan terus diberi 'sense' yang kuat oleh Tuhan untuk menilai keikhlasan orang lain kepada kita. 

Yes, bab keikhlasan ni memang payah. Hanya kau dengan Allah je yang tahu betapa ikhlasnya hati kau. Tanya diri sendiri, kenapa kau tolong dia? Kenapa kau baik dengan dia? Kenapa kau belanja dia? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kalau di setiap persoalan tu jawapan kau adalah... "Aku buat begini sebab bla bla bla...", "Aku buat begini sebab aku nak dia macam tu macam ni...", "Aku buat begitu sebab nak dia bla bla bla..." Itu bermakna kau belum cukup ikhlas lagi! Serius. Bila kau tersedar yang kau belum cukup ikhlas, masa ni patutnya kau kena buang semua sebab musabab tu...

Orang yang ikhlas tak akan buat sesuatu kebaikkan atas kepentingan diri... Tak kira la kepentingan dari segi kewangan ke atau untung dari segi boleh dapat nama ke atau pun untung dari segi kau dapat nak menggunakan orang lain in return ke atau pun sebab nak cover kejahatan yang telah dibuat ke... Whatever it is, Allah tahu. Kau pun tahu. Lepas di dunia tak bermaksud lepas di akhirat, kannn... Hati-hatilah...

Paling best, kadang-kadang memang Allah tak 'jodohkan' kita dengan orang tertentu. Memang ada jenis yang tak suka kita walaupun kita tak buat apa-apa kat mereka. Memang dari mula kenal dah tak suka. Takde chemistry katanya... Kau rasa?! Hahahha... Memang ada jenis gini dan anggaplah ia adalah aturan Allah. Ada sebab mengapa Allah jauhkan kita dengan mereka-mereka ni. Titik!


Jangan berharap kepada manusia 

Jangan sesekali berharap kepada manusia. Even orang yang paling rapat dengan kau pun akan meninggalkan kau... Tak kira la meninggal dunia ke, atau pun depa ada hal lain ke tatkala kau memerlukan depa... So, please la... Berdiri sendiri! Letakkanlah harapan 100% kepada Allah taala kerana hanya Allah sahaja yang boleh membantu kau di saat kau memerlukan. Bukan manusia, bukan harta, bukan pangkat, bukan darjat, bukan apa-apa... Hanya DIA!

Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Berapa ramai sahabat-sahabat yang cabut lari lintang pukang tatkala kita jatuh tersembam ke bumi... Bila kita berada di bawah, hargai orang-orang yang masih bersama kita. Tak ramai. Serius. Tak ramai... Kau sayangilah orang-orang tu dan jagalah hati mereka sebagaimana mereka menjaga hati kau di saat semua orang lain menjauh, di saat semua orang memandang hina kat kau. Simpan mereka dalam hati kau ketat-ketat! Percayalah, kebenaran itu akan wujud suatu masa nanti. Nak menunggu kebenaran tu yang agak pedih...


Masa tu kau akan menyaksikan ramai pengecut-pengecut yang akan bersama-sama menjatuhkan kau... Kenapa saya kata pengecut? Sebab kalau mereka berani mereka boleh menilai mana baik mana buruk, mereka akan stand untuk kebenaran... Berani kerana benar! Pengecut je yang akan jaja cerita untuk tutup kesalahan sendiri, fitnah sana fitnah sini untuk cari pengikut. Orang yang berani, takkan buat apa-apa sebab dia ada prinsip. What is right is right even if no one is doing it, what is wrong is wrong even if everyone is doing it! Dan dia tahu, Allah ada, manusia tidak ada kuasa apa-apa melainkan dengan izin Allah... Dan percayalah, pengecut-pengecut ni selalunya terdiri dari golongan yang sama. Sebab mereka pun nak cover antara satu dengan yang lain. Nak cari backup. Masing-masing mereka ni dok bergantung antara satu dengan yang lain. Rasa diri hebat bila ramai pengikut. LOL! 😂


Jadilah orang yang benar. Walaupun susah, tapi boleh, kalau Allah izinkan! Sentiasa berdoa agar Allah menjadikan kita dikalangan orang-orang yang benar, orang-orang yang tidak menutupi kesalahan kerna kelak di akhirat dah tentu kita akan dipersoalkan. Sanggupkah? Kalau dah buat salah, mengaku je... Tak susah pun. Buat apa nak membetulkan yang salah. Lebih baik menerima hukuman di dunia daripada menerima hukuman di akhirat yang dah tentunya amat berat... Nauzubillah...


Kecilkan Circle Kita, Tentukan Priority

Yang ini sangat penting! Bila kau dah identify manusia-manusia yang setia bersama kau tak kira masa kau senang ke susah ke, eloklah kau letak depa ni dalam satu circle kecil. Circle terkecil ni tak semestinya terdiri dari adik beradik sanak saudara... Sebab ada je adik beradik yang tak ngam, yang suka tengok kita dalam kesusahan. Kan! Alhamdulillah adik beradik saya tak macam tu. Syukur! So, maksud saya... Circle kecil ni adalah orang yang betul-betul ikhlas dengan kau, yang faham keadaan kau, yang betul-betul sayangkan kau, yang betul-betul ambil kisah pasal kau tak kira lah masa kau tengah berjaya atau kau tengah jatuh tersungkur, orang yang ambil berat pasal diri kau, yang support kau, yang sanggup luangkan masa mereka kat kau walaupun sekadar nak dengar cerita kau yang entah hape-hape, yang tahu kelemahan kau dan masih boleh terima kau seadanya, masih boleh nasihat dan bagi moral support kat kau walau apa jua keadaan... Yang sama-sama memangis tatkala kau bersedih, yang sama-sama gembira bila kau berjaya... Orang macam nilah yang kau perlu letak as priority. Serius, orang macam ni memang rare. Susah nak jumpa, tapi ada. Kau selidik balik orang-orang yang rapat dengan kau. Check balik, mereka ni rapat dengan kau sebab apa?


Belajar kenal hati budi manusia

Selalunya orang yang baik akan rasa semua orang pun baik macam diri dia. So, tak terkejutlah orang yang baik ni selalu jadi 'makanan'. Selalu jadi mangsa. Manusia berubah ada sebabnya. Kadang-kadang sebab dia tak tahan tengok kau punya Fake! Kadang kadang orang berubah sebab nak bagi kau belajar hidup tanpa dia. Ada yang berubah sebab dah tak tahan di treat macam hamba, macam lembu cucuk hidung, kalau dibawa ke arah yang benar tak apa, tapi ni di bawa entah ke mana, ke laut selalunya... Ada macam-macam sebab manusia berubah! Sila kaji sebelum judge. There is a difference between giving up and knowing when you have had enough. Cukup cukup laa...


Kita akan belajar menilai orang, belajar kenal hati budi orang bila kita stop doing them favors... Masa ni kita akan nampak keikhlasan mereka. Kita akan nampak the true colours! Tapi takpe, bila orang dah tunjuk true colours, please don't try to repaint them. Itulah mereka! Memang sekadar menggunakan kita sahaja. Itu hikmah yang anda dapat, Allah tunjukkan... Dengan true colours yang mereka tunjukkan, anda belajar, siapa kawan siapa lawan. 



Kita ada 3 jenis manusia yang rapat dengan kita... Yang rapat for a reason (bersebab)... selalunya yang bersebab ni memang mostly nak menggunakan je... Ataupun kita rapat dengan dia for a season (bermusim)... Yang ni contohnya macam kau kerja dalam team, kau rapat dengan dia masa kau sibuk bekerjasama untuk program ke, buat modul ke... Habis kerja, jadi kawan biasa balik... Kau tak kenal dia, tapi ada benda nak mintak tolong, dah selesai urusan, jadi kawan biasa semula... Hi, hello gitu-gitu jer... Ni selalunya friend for a season laa... Kejap-kejap, tak lama... Bermusim! Atau pun yang jenis rapat for a lifetime, yang ni memang rare... Susah nak cari. Tapi ada weihh... Pandai-pandai la cari permata dalam banyak-banyak kaca tu hehhh... Haha! Hati-hati dengan Fake Friends. Sorang fake friend lebih bahaya dari 10 musuh... Sila delete fake friends dari kehidupan cepat-cepat. Tak rugi takde orang macam ni dalam hidup kita! Sampah!


Ignore mereka yang tak mendatangkan kebaikan pada diri, yang menyakitkan hati... Peduli tentang siapa yang pedulikan kita jer...

It may sound selfish tapi sebenarnya tidak! Kita berhak memilih siapa yang patut diberi keutamaan. Siapa yang patut kita kisahkan. Allah beri kita akal dan instinct untuk buat pilihan yang tepat setelah apa yang berlaku, sentiasa maafkan mereka dan yang paling penting, maafkan diri sendiri kerana telah memberi ruang kepada mereka-mereka ni untuk menyakitkan hati & merosakkan aura positif dalam diri kita. Mulakan dengan menghargai orang-orang sekeliling yang menghargai anda. Yang tak menghargai, yang setakat nak menggunakan je, sila tolak mereka ke tepi. Tak perlu beri priority! 

Jangan terkejut kalau saya katakan, ada sejenis manusia yang join bersama menjatuhkan anda, tak backup anda saat anda memerlukan mereka, tiba-tiba boleh dengan tanpa rasa segan silu datang dan minta tolong macam-macam time dia 'terdesak'. Lepas kita tolong, dia kembali kepada sikap lama dia dan berulang sama macam tu selagi kita bagi muka. Oh, helloooo! Dia tak layak terima hak ekslusif menjadi 'sahabat' kita, lihat sahaja apa yang telah dilakukan olehnya. No way! Do business with people who inspire you. Yang nak menjatuhkan, yang tetiba taktau asal usul tetiba nak judge kau, sila serahkan mereka kepada Tuhan jer... Tak payah nak deal dengan manusia-manusia macam ni. Buang masa! Dan paling paling paling penting... Tolong jangan jadi seperti mereka! Do not become who hurt you! 


Terima ujian kecil kehidupan dengan berlapang dada. Serah segala urusan kepada Allah taala.

Hadirnya manusia-manusia yang memberi masalah kepada kita adalah ujian kecil kehidupan. Allah nak bagi kau belajar kenal orang. Belajar jadi tabah saat dijatuhkan. Belajar jadi kuat berdiri sorang-sorang saat orang lain meninggalkan. I can say ujian kecil je sebab ada banyak lagi ujian lebih besar dari nak kisahkan sikap mereka-mereka ni. Ignore je. Teruskan kehidupan. Allah ada. Ingat tu! Bukan mereka yang beri rezeki kat kau, bukan mereka yang beri kebahagian kat kau... Mereka pun hamba macam kita. So, lantakkk! Kau dengan dia sama je, bukan siapa-siapa. Tetap hina sebagai manusia, takde yang perfect. Takde pulak sebab pangkat besar, tetiba nak jadi maksum pulak kan... Sila jangan berangan. Hahha... 

Bila kau belajar serah urusan kepada Allah, Allah akan permudahkan... Allah akan tunjukkan kebenaran... No worries. Tak cepat, lambat... Kena bersabar sikit je... Selalu part nak bersabar ni yang ramai kita ni gagal termasuk ler saya. Bila orang bikin panas, kita selalu nak react je kan... Hahhaha... Orang memang nak tengok reaksi kita. Chill je. Anggap apa yang berlaku ada hikmah dan sentiasa muhasabah diri. Nobody's perfect! Ujian bila kita dijatuhkan... Tapi ia juga ujian kepada mereka... kerana menjatuhkan... Segala ketidakadilan akan disoal. Siapa kita untuk menafikannya?


Sayangi dan hargailah orang-orang yang ikhlas dengan kita. Biarlah tak ramai, tapi mereka ni betul-betul 'ada' dan sentiasa bersama dengan anda walau susah walau senang. To those yang kisahkan saya, saya sangat-sangat hargainya... Terima kasih! I love you, gaise! Thank you for being part of my life. Thank you for the thoughts and prayers! Semoga Allah memudahkan urusan kalian, menggembirakan kalian sebagaimana kalian menggembirakan saya... To make a difference in someone's life, you don't have to be brilliant, rich, beautiful or perfect. You just have to care! Peduli pada siapa yang pedulikan kita jer... Yang sedar bila kita diam, yang tahu menghargai kita... Yang lain-lain tu... Hmm... they don't deserve your time, energy and attention. You don't need their validation to know your worth.

Bacaan motivasi tambahan : https://akuislam.com/blog/renungan/hati-kecewa-berharap-orang-lain/

Okay... Dah dah... Jom beraya! Hahhaah.... Babai gaise! Jangan sedih-sedih... God is with you, insyaAllah... XOXO... Assalamualaikum... 💖

Nota kaki : The black sheep is sometimes the only one telling the truth!

No comments:

Post a Comment