Panduan Asas Google Classroom - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday 2 July 2019

Panduan Asas Google Classroom


Assalamualaikum...

Hai semua! Tengah berGoogle Classroom ke tu? Hahahaa.... Biasa la benda baru kan, mesti semua macam excited sangat nak try... Baguslah! Mahir-mahirkan diri dulu, nanti bila dah officially dapat ID murid, ID guru, takde la terkial-kial nak guna kan... 

Okay, harini saya nak share bahan yang telah dikongsikan oleh Cikgu Areef Husri Mohd Nadzri dari SMK RLKT Lasah, Felda Lasah, Sg. Siput (U), Perak. Beliau telah bermurah hati untuk berkongsi panduan asas Google Classroom yang beliau tulis sendiri. Saya kagum dengan usaha cikgu ni, bukan senang tau nak hasilkan modul ringkas lebih 50 mukasurat macam ni. Ia suatu proses yang panjang dan memerlukan kesabaran yang tinggi... Orang yang pernah buat modul je tahu bagaimana perasaannya... Huhu. Tahniah, cikgu! 


Dalam modul ini, beliau berkongsi tentang cara untuk create Google Classroom, turn in dan track assignment. Boleh la download satu copy untuk simpanan sendiri tak pun print masuk file di sekolah... Bagi yang berminat untuk memuat turun panduan dalam bentuk PDF, boleh klik butang download di bawah ya...  😊


Sekian sahaja perkongsian hari ini. Semoga bahan yang dikongsikan ini menjadi saham akhirat untuk Cikgu Areef. Terima kasih, cikgu!

Jangan lupa dapatkan Modul Lengkap Google Classroom juga ya!

Nota kaki : Sometimes people who don't socialize much aren't actually anti-social, they just have no tolerance to drama and fake people.

5 comments: