Akses Radio Seluruh Dunia - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday, 4 November 2019

Akses Radio Seluruh Dunia


Halluuu peeps! Assalamualaikum... 

Dengan menggunakan handphone, kita dah boleh akses ke stesen-stesen radio di seluruh dunia. WoW! 😍

Semalam, seorang rakan saya telah berkongsi satu link yang menarik di mana kita boleh akses ke radio di seluruh dunia. Dunia tau! Bukan negara... World! Memang macam tak percaya. Tapi apabila dicuba, alhamdulillah, memang betul seperti yang dikata... Klik je kat globe peta tu, pilih negara/negeri yang dikehendaki, kemudian pilih channel mana yang kita nak, memang elok siarannya weihhh... Tanpa gangguan, gituhhh... Clear! Thank you, kak Rozaina sebab sudi share ilmu baharu dengan kami semua! 


Jom dengar radio! 

1. Bagi korang yang berminat nak cuba, boleh laa pergi ke laman ni... 


2. Nanti korang akan nampak seluruh bumi (globe peta). Kat situ ada banyak titik hijau. Titik hijau tu adalah merupakan stesen radio tempatan mengikut tempat/negara yang korang pilih... 


3. Klik pada mana-mana titik hijau (Ikut negara mana yang korang nak...)

4. Boleh scroll untuk pilih channel yang dikehendaki...


5. Boleh mendengar siaran radio dengan jelas sekali! Wallaweihhh.... Hebat gilerrr kot! Haha...

Nampak tak betapa teknologi telah melampaui imaginasi! Try jangan tak try! Bukan biashe-biashe... Hahahahhaha.... Bye gais! 

Nota kaki : Marahnya orang sabar itu ketika dirinya memilih diam dan tak peduli. Dan itu menjadi puncak dari kemarahannya. 

No comments:

Post a comment