Day 3 - Trip ke Kuching, Sarawak - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday, 14 December 2019

Day 3 - Trip ke Kuching, Sarawak


Hai gaiss! 

Okay kita sambung lagi cerita untuk hari ketiga saya di Kuching... Jom tengok kemana saja laa kita orang pergi... Haha... Bagi yang belum baca kisah Day 2 dengan Day 1 saya kat Kuching, boleh klik kat link di bawah ni ye... 😊



Hari Ketiga

Kita orang nak balik dah hari ni. Flight malam... So ada masa untuk berjalan lagi. Pagi-pagi lagi dah pegi dobi berhampiran settle kan kain baju yang kotor... Selesai pasal baju, terus packed barang, keluar sekali lagi berjalan kaki ke area Waterfront. Breakfast kat KFC yang beroperasi 24 jam. Dah kenyang, terus sambung berjalan lagi... dan lagi... Haha...

>> Cat Statue, Kuching

Macam tak sah kalau ke Kuching tapi tak bergambar kat sini kan... Hahahha... Setiap kali tengok orang yang datang ke Kuching, tempat ni macam wajib pegi... Tambah-tambah kita orang yang giler kucing, haruslah ke sini... Actually saya terperasan ada 2 cat statue, satu tu dekat je dengan hotel kami... Tapi kat situ, kucingnya semua warna putih jer... Hehe... Lagi satu, memang dah dekat dengan Waterfront, kat tengah-tengah jalan... Gigih weihh ke sini hanya untuk bergambar ye! Masa kat sini, ramai juga tunggu turn nak bergambar. Kikiki... Lepas tu kami terus sambung perjalanan ke Waterfront, menikmati view waktu siang pulak.




Street Art kat tepi restoran apa tah... Huhu...
>> Kuching Waterfont

Kali ni kami berjalan untuk lihat view waktu siang pulak... Kebanyakkan restoran tutup. Peniaga pun takde... Malam lebih happening. Siang macam agak tenang dan kurang orang... 

Budak baju merah ni dah start buat hal time ni... Panas dan penat nak berjalan katanya... Grrrrr! 😏

Kat sini ada servis perahu tambang ye... Sapa yang nak try, boleh la menyeberangi sungai. Sebelah sana tu ada kilang kek lapis Sarawak... 

>> Cat Museum

Lepas check out, kami terus menuju ke Museum Kucing. Tapi kali ni takde rezeki nak masuk sebab public holiday. Maka ber huhuhu je la kat depan entrance. Hahahaa... Tapi, sempat la jugak bergambar kat depan tu pun cun jugak view nya... Jadilah...







>> Mira Cake House

Meneruskan perjalanan ke Mira Cake House. Antara kek lapis yang famous kat sini. Banyak giler kot flavour kek, sampai tak tau nak pilih yang mana satu. Terlampau banyak sangat pilihan. Rambang mata weihh... Dengan warna-warna yang menarik... Fresh tau kek kat sini. Memang best. Sedap pun sedap... Moist! I loiikeee...


>> Restoran Kedey Kamek

Kami berhenti lunch di sini. Kedai ni pun ada macam-macam menu termasuk la makanan tradisional Sarawak macam laksa, mee kolok, ambuyat (linut) dll. Mee kolok kat sini sedap... Nyummmm!



>> Pasar Satok

Actually kami ke sini untuk beli ikan terubuk. Kat sini boleh dapat yang lebih fresh, memang sedap giler weiii... Sebelum ni kalau dapat ikan ni, saya tak pernah makan pun... Huhu... Tapi yang kat sini punya saya makan... Sebab sedap... Hehe... Beli yang tempatan, nyaman! 😋 Nak beli bawak balik takde masalah, pandai la peniaga tu pack masuk dalam kotak. Memang kemas, so no worries...


>> Upside Down House Kuching

Perghhh... Yang ni memang luar biasa. Memang banyak dah upside down house ni kat tempat lain pun. Cuma ni first time la kami masuk. Serius, tempat ni tak berapa sesuai dengan jiwa saya. Haha... Kat sini kalau korang memang suka bergambar, okay la... Sebab banyak nak kena posing, nak merangkak, nak angkat kaki, nak berbaring bagai... Untuk saya macam tak berapa sesuai sangat lah, sebab gambar biasa tegak kaku berdiri je... Hahahha... Nak senyum depan kamera pun payah, inikan pulak nak posing. Huhuhu... Tapi view memang sangat cantik, gambar pun cantik sebab lighting cun! Kalau korang nak gambar unik lain dari yang lain, silakan ke sini! 😁






>> Spring Shopping Mall

Dah tak tau nak kemana so lepak kat sini je laa haa... Layan anak-anak membeli. Memang pantang masuk mall, ada je nak beli... Haha... Mall ni macam best gak, lagi best kalau nak compare dengan Merdeka Plaza. 😄

>> Kuching International Airport

Tiba masanya untuk kembali ke kampung halaman... Huhu... Overall saya sangat happy sepanjang berada di sana. Alhamdulillah... Tiba di Ipoh the next day, pukul 5 pagi camtu... sebab flight malam... So, sampai KLIA pun dah tengah malam... 

Okay gais, semoga post ni membantu korang yang nak ke sana... At least korang tau mana nak pegi... Tak la buang masa kan... Rancang perjalanan supaya lebih banyak tempat korang boleh pegi walaupun sekadar beberapa hari je kat sana... Doakan saya untuk ke sana lagi... Ada barang tertinggal kat sana weihhh, kena pegi collect... Bhahahahaha... Babai gais! Assalamualaikum... 💖

Nota kaki : Kau boleh berlari dari kenyataan, asalkan tahu jalan pulang. Pergi dengan kekanakkan, pulang dengan pendewasaan. 

No comments:

Post a comment