Zero Reject Policy - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 20 January 2020

Zero Reject Policy


Hai gais! Assalamualaikum...

Korang tau tak pasal Zero Reject Policy? Zero Reject Policy ni adalah dasar sedia ada yang dimantapkan lagi untuk memastikan semua Murid Bekeperluan Khas (MBK) menerima Pendidikan yang sesuai dengan ketidakupayaan mereka… Dalam kata lain, mereka dapat belajar bersesuaian dan relaven dengan diri mereka, malah kalau ada antara mereka yang berpotensi, mereka boleh dipertimbangkan untuk belajar dalam arus perdana macam murid biasa tau...

Sekarang ni ada 3 pilihan persekolahan untuk MBK… 

>> Sekolah Pendidikan Khas (SPK) 

Rupanya kat Malaysia ni ada lebih dari 30 Sekolah Pendidikan Khas. Saya pun baru tau... Korang boleh rujuk link ni untuk melihat senarai sekolah-sekolah Pendidikan Khas di seluruh negara. 


>> Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 

>> Program Pendidikan Inklusif (PPI) 

Program Pendidikan Inklusif (PPI) juga terbahagi kepada 2, inklusif penuh dan inklusif separa



Dah ada banyak option, jadi takde alasan anak-anak istimewa ni keciciran pelajaran. Pendidikan untuk semua kannn! Pelaksanaan dasar Zero Reject Policy ini juga telah menampakkan kesan positif dimana terdapat peningkatan jumlah ibubapa yang telah mendaftarkan persekolahan anak-anak mereka. Syabas, gaisss! Sekolah kan mereka… Mereka pun ada hak untuk belajar tau! Bagusnya program-program seperti PPKI & PPI ni sebenarnya adalah untuk mendidik masyarakat bahawa potensi Murid Bekeperluan Khas tidak sepatutnya dinafikan malah kita perlu percaya yang ketidakupayaan mereka mungkin dapat diminimakan andaikata mereka diberi peluang dan hak yang sama seperti murid yang lain. 

Bahagian Pendidikan Khas, KPM juga berusaha dalam menyediakan fasiliti yang ditambah baik yang lebih mesra OKU, pelaksanaan Model Holistik dan kursus peningkatan profesionalisme secara berterusan untuk guru-guru rasanya memang akan memberi kesan yang baik terhadap pembelajaran MBK dari semasa ke semasa. 

Namun begitu, untuk menjayakan Zero Reject Policy ini, seharusnya ibubapa dan guru-guru berganding bahu dalam bersama-sama menghayati tanggungjawab serta peranan masing-masing dengan penuh kasih sayang bagi memastikan MBK tidak tercicir pelajaran dan mendapat pendidikan sesuai dengan kebolehan mereka. Selain itu, bakat dan potensi diri mereka adalah wajar dioptimumkan sejak kecil agar mereka tidak terlalu bergantung kepada sesiapa dan mampu berdaya saing pada masa akan datang.

Ni ada teks temubual advertorial enrolmen murid Zero Reject Policy untuk Murid Bekeperluan Khas kalau korang nak baca, silalah... Hehee...



Semoga semua anak-anak MBK dapat belajar dan meneruskan kehidupan pada hari-hari mendatang tanpa perlunya pergantungan penuh kepada sesiapa. Itulah sebenarnya matlamat dasar Zero Reject Policy ni. Jangan terkejut in future dorang boleh survive menjalani kehidupan macam orang biasa! InsyaAllah... 

Nota kaki : Ketulusan dan kasih sayang tidak dapat dilihat atau didengar, tetapi hanya bisa dirasakan dengan hati.

No comments:

Post a Comment