Modul e-RPH Johor - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday, 23 January 2020

Modul e-RPH Johor


Assalamualaikum semua...

Hari ni saya nak share Modul elektronik e-RPH Negeri Johor. Sebelum ni mereka ada print hardcopy untuk Modul ni dan sambutan sangat menggalakkan bilamana semua cetakan habis terjual. Giler weihh... Laku keras kott! Saya sendiri pernah bantu mereka jual Modul ni masa kat event CAFE 2019 Summit yang berlangsung di BTPN Johor pada hujung tahun lalu... Memang tak menang tangan, laju je terjual... Serius!

Terkini, JPN Johor telah berbesar hati untuk menyebar luas Modul mereka dalam bentuk elektronik pula... Alhamdulillah... Semoga lebih ramai guru yang mendapat manfaat darinya. Modul yang diterbitkan oleh BTPN Johor ini mempunyai 121 mukasurat, hasil tulisan yang baik oleh barisan penulis yang terdiri daripada pegawai-pegawai PKG dan BTPN sendiri... Ramai juga penulis yang saya kenal, antaranya Encik Mokhtar, Encik Hairil Fitri, Puan Haslinda, Encik Khairil Firmansyah dan Encik Mohd Kamal Iskandar... Yang lain-lain, saya kurang kenal, tapi saya yakin, semua mereka ni hebat. Kalau tak hebat, takde la Modul ni kannn! Hehe... Syabas, semua! 


Yang menariknya dalam Modul ni disertakan 3 kaedah untuk melaksanakan e-RPH. Kaedah pertama adalah dengan menggunakan Google Docs, kaedah kedua adalah dengan penggunaan Google Sheets dan kaedah ketiga adalah dengan menggunakan aplikasi e-RPH generator. So, korang boleh study kaedah mana yang terbaik nak dilaksanakan di sekolah korang. Jangan lupa ambil kira faktor-faktor seperti tahap kemahiran rakan-rakan guru di sekolah sebelum buat keputusan nak pilih mana-mana kaedah. Biar semua mampu menggunakannya, baru la awesome! Semua bergerak seiring... Berjaya bersama-sama. Gituhh...

Berikut adalah link untuk muat turun Modul e-RPH Negeri Johor. It's FREE! Yayyy! Saya sediakan dua pautan supaya tak jammed! 



Okay gais, semoga bermanfaat! Jangan lupa share dengan sahabat-sahabat yang lain... Jom kita kurangkan kos printing dan penggunaan kertas. Sayangi bumi kita... :)

Nota kaki : Doa opens doors you thought were forever closed!

No comments:

Post a comment