Cara Masukkan Nombor Kad Pengenalan Dalam Excel / Sheets - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday, 7 February 2020

Cara Masukkan Nombor Kad Pengenalan Dalam Excel / Sheets




Assalamualaikum semua...

Apa khabar? Saya kurang sihat sikit 2-3 hari ni... Demam. Biasa la dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni, diharap korang semua okay je ya... Jaga kesihatan, minumlah banyak air... Kurangkan aktiviti di luar since sekarang ni macam-macam virus sedang menular di serata dunia... Semoga kita semua dalam lindungan Allah, insyaAllah...

Perasan tak kadang-kadang bila kita taipkan nombor kad pengenalan terutama yang bermula dari sifar (0), nombor tu tak keluar... Contohnya nombor 090909 tapi yang di paparkan adalah 90909 sahaja... Kadang-kadang memang sakit hati, bila kita copy paste data dari SAPS / APDM ke untuk isi borang-borang yang melibatkan ramai murid, nombor sifar (0) pada permulaan tu boleh pulak tak appear. So, macam mana nak bagi nombor tu appear... Ada caranya. Simple je.

Ada 2 cara...

Yang pertama (Memasukkan Nombor Kad Pengenalan Dengan Sengkang (-) )

Yang ni perkongsian oleh Cikgu Mohd. Ariff B. Badarudin dari SMK Indahpura (1).

> Highlight cell yang mengandungi nombor kad pengenalan yang nak diubah.

> Kemudian, right click.

> Pilih Format Cell - Custom - Masukkan 000000-00-0000 dalam ruangan Type. (Rujuk gambar di bawah)

> Klik butang OK


Yang kedua (Memasukkan Nombor Kad Pengenalan Tanpa Sengkang).

Yang ni cara yang saya sendiri selalu gunakan... Hehe...

> Highlight cell yang hendak diletakkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang.

> Right click.

> Pilih Format Cell - Text (Buat untuk semua cell yang diperlukan)

> Right click - Pilih Paste Options : Match Destination Formating untuk paste nombor kad pengenalan secara pukal dari mana-mana sumber APDM/SAPS dll.

Dah boleh masukkan nombor yang bermula dari sifar. Yay!!~

Yang ketiga

Perkongsian oleh Cikgu Fuad dan Cikgu Abu Amir Ameerah. Terima kasih, cikgu-cikgu sekalian!

> Taip simbol ' sebelum masukkan nombor yang bermula dengan sifar. Cell tersebut akan tertukar secara automatik kepada TEXT. Contohnya '090900000000

Sekian sahaja perkongsian ilmu untuk hari ni... Ilmu yang sangat simple tetapi bermanfaat terutama untuk guru-guru yang nak masukkan data murid-murid dalam Google Sheets/Excel...

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Selamat berhujung minggu... Bye!~

Nota kaki : Takutlah pada orang yang diam saat kamu sakiti. Kerana jika mereka tak berkata atau tak bertindak membalasnya, Allah lah yang akan melakukannya...

2 comments:

  1. saya guna yang ketiga tu cikgu. moga cepat sembuh!

    ReplyDelete
  2. sgt berguna tips ini. saya save ye..utk kegunaan masa dpn. tq.

    ReplyDelete