Cara Mudah Menghasilkan Poster Menggunakan Power Point - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday, 11 May 2020

Cara Mudah Menghasilkan Poster Menggunakan Power Point


Assalamualaikum semua...

Beberapa hari lepas saya ada kongsikan cara saya memberi tugasan kepada murid-murid. Nampaknya ramai pulak yang tertarik dengan poster yang saya kongsikan... Huhu... Bertubi-tubi yang PM bertanya. Baiklah, saya ambil kesempatan untuk buat sharing di blog ni terus, senang, lepas ni orang tanya, bagi link blog je untuk mereka rujuk... Hehehehe...


Okay caranya memang amat mudah sebenarnya, saya memang suka buat designing simple-simple macam ni... Bukan apa, nak tarik perhatian murid je... Bila kita send benda cantik kat dalam Whatsapp, semua orang nak tengok... Kannn... Hehe... 

1) Buka aplikasi Power Point 

2) Saya nak buat dalam bentuk A4, jadi... Pergi ke menu DESIGN > SLIDE SIZE > CUSTOM SLIDE SIZE > SLIDES SIZE FOR > A4 PAPER > ORIENTATION > POTRAIT > OK > ENSURE FIT


3) Right Click pada Slide, Klik FORMAT BACKGROUND > GRADIENT FILL 


4) Tengok kat GRADIENT STOPS > Kat setiap penanda tu korang boleh ubah nak letak warna apa... Selalunya kita akan cari warna-warna yang nyaman la... Yang serasi kombinasinya. Tapi kalau nak buat warna campur-campur, colour block pun boleh je... Ikutlah selera masing-masing... Hehe...


5) Okay, dah siap background, kita masukkan teks pulak... Klik pada INSERT > TEXTBOX > Boleh start taip latihan yang nak diberi... Jangan lupa letakkan tarikh supaya lebih organized. 

Nak Font cantik, kena download dulu ye... Boleh tengok CARA TAMBAH FONT DALAM KOMPUTER. 

6) Dah siap taip, boleh la masukkan gambar hiasan pulak. Gambar, saya akan masukkan last sekali sebab nak tengok ada ruang banyak mana yang tinggal... Okay nak masuk gambar, pergi ke INSERT > PICTURE > ONLINE PICTURES > Masukkan Kata Kunci yang sesuai > ENTER > Pilih gambar-gambar yang dikehendaki > klik INSERT


Tips : Saya akan tambah perkataan PNG di setiap carian untuk mendapatkan gambar tanpa latar belakang... contoh lihat dalam gambar di bawah. Saya search We Bare Bear PNG. Kadang-kadang ada jugak yang tersesat, ada jugak yang ada latar belakang... Tak perlu stress, just delete gambar tu dan cari lain... Simple! Haha...

7) Adjust kedudukan gambar, saiz font & gambar dll... Dah puas hati... Kita pegi kat FILE > SAVE AS > Pilih nak simpan di mana > Taip nama Fail > Tukarkan SAVE AS TYPE kepada PDF. Siappp!




8) Boleh send file PDF tu kat group Whatsapp kelas korang. 

Baik, kenapa saya save kan dalam bentuk PDF? 

✅ Tak nak gambar / perkataan-perkataan kat dalam tu lari...
✅ Link dalam dokumen PDF aktif. So, murid boleh klik terus latihan yang korang nak bagi tu...

Kalau takde link, boleh jer korang save as JPEG (Format gambar).

Ni contoh yang saya buat untuk kelas saya sebelum ni...



Okay gais, saya harap korang boleh ikut tutorial ni... Simple je kan? Hehe... Masih sambung tempoh PKPB, ada masa boleh la korang try ye... Selamat mencuba!~ Take care, babai!!~

Nota kaki: Kemampuan merasakan nikmat sabar adalah tergantung sejauh mana keimanan kita terhadap takdir yang Allah tetapkan. 

No comments:

Post a comment