Cara Untuk Menukar Lembaran Kerja Bercetak Menjadi Lembaran Interaktif Online - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday, 5 May 2020

Cara Untuk Menukar Lembaran Kerja Bercetak Menjadi Lembaran Interaktif Online


Assalamualaikum gais! Hallluuuu... 

Saya nak share satu lagi ilmu baru yang sangat berguna terutama untuk rakan guru semua. Actually dah lama dah tau pasal benda ni, ada juga kawan-kawan yang dah guna... tapi diri sendiri macam takde mood nak buat tutorial... Hahaha... Peram lama dah ilmu ni. Alhamdulillah, baru hari ni Allah izinkan saya untuk menulis tentang benda ni. Moga-moga bermanfaat untuk semua, insyaAllah... 😁

Ni ilmu tentang bagaimana korang sebenarnya boleh menukar lembaran kerja bercetak menjadi lembaran yang murid boleh jawab online! Haaa... Kau rasa! Nampak tak teknologi berkembang macam mana, sampaikan yang atas kertas pun kau boleh jadikan ia LIVE. Gituhhh... 

Selama ni cikgu-cikgu mesti ada banyak buat lembaran kan, atau pun lembaran yang korang download online, so, apa lagi, jom la kita tukarkan kepada online version supaya murid boleh jawab kat phone jer... Yang paling saya suka, kita boleh setting jawapan siap-siap dan markah akan terpapar selepas murid siap latihan! Amazing sangat uollssss....

Apa pun sebelum saya pergi lebih jauh, suka saya kreditkan bahan yang saya cuba upload kan kat liveworksheet tu adalah hak milik Cikgu Nor Idayu, SK Kuala Tahan, Pahang. Sebab tu saya set kan bahan tersebut PRIVATE. Sebab tu bukan bahan saya. saya cuma gunakan dengan murid saya sendiri je... Nak buat tutorial, kita main klik je bahan apa yang ada dalam laptop... Hehehe... 

Cara Untuk Menukar Lembaran Kerja Bercetak Menjadi Lembaran Interaktif Online.


> Pergi ke TEACHERS ACCESS  > REGISTER

> Dah settle sesi pendaftaran, jom kita mulakan untuk menghasilkan lembaran interaktif! 


> Setelah login, pergi ke tab MAKE INTERACTIVE WORKSHEETS > GET STARTED 

> CHOOSE FILE dari komputer anda > UPLOAD

> By the way, kalau korang nak search worksheets yang dah sedia ada pun boleh jerrr... Taip je kat search bar tu hokayy!


> Klik butang tepi sekali tu (dalam kotak merah), buat kotak kat setiap tempat menulis jawapan. 

> Key in jawapan yang betul dalam kotak yang korang dah buat tu. 


> Once dah siap taip jawapan, klik SAVE.

> Kalau bahan tu korang buat sendiri boleh la share worksheet with other teachers. Kalau bahan orang lain, sila KEEP IT PRIVATE. Jangan mengada nak claim tu bahan kau ye! Nanti tak pasal-pasal kena terminate account. Hahahha...


> Okay, link dah siap. Copy dan send la kat Whatsapp murid korang ke kat Telegram ke... Mana-manalah...


PAPARAN MURID

Bila dah share dengan murid, ni laa paparan yang mereka akan nampak. Ada butang FINISH di akhir lembaran.


> Minta murid korang klik CHECK MY ANSWERS untuk mendapatkan markah serta merta.


> Haaa... macam ni lah bila dah siap disemak secara automatik ya... Siap ada markah ala-ala pakai pen marker gituhhh! Hahaha... Jawapan yang salah akan ditunjukkan dengan kotak bewarna merah. Yang betul, hijau...

> Takde isu huruf besar huruf kecil ye untuk jawapan... Saya key in jawapan guna huruf besar, sengaja saya try jawab guna huruf kecil, okay je... No issue!~


NOTA TAMBAHAN

Markah memang per sepuluh je... Jadi kalau nak buat soalan, buatlah 10, ke 20 ke 30 ke... contoh budak betul 4/20, markah akan tunjukkan 2/10. haa gituhh...

Satu lagi, bentuk soalan bukanlah terhad untuk fill in the blanks sahaja, boleh je buat multiple choice, drop down, drag and drop, join with arrows, word search dan macam-macam lagi. Korang baca dan explore la sendiri ya... Ni linknya... https://www.liveworksheets.com/lwsmaker/gettingstarted.asp 

Ni contoh cara nak buat Word Search...


Yang nak explore cara untuk buat interactive workbook, boleh rujuk kat video ni...


Awesome kan apps ni! Bahan-bahan pun boleh link terus ke Google Classroom jugak... Sesuai sangat nak guna time sekarang ni kan. PKP, belajar atas talian secara jarak jauh... Alhamdulillah, siap jugak post saya ni... Kemain lama nak menulis pasal ni asyik takde mood je... Hihihi... 

Semoga post ni bermanfaat untuk korang semua. Babai gais, kakak nak masak untuk berbuka... Hihi... Doakan kesejahteraan, kesihatan dan kebahagiaan untuk saya tau!  I love you, gais. XOXO. Assalamualaikum.

Nota kaki : Orang yang ikhlas tidak akan pernah kecewa dengan amal baik yang telah dia lakukan, kerana yakin Allah maha melihat dan maha membalasnya dengan adil. 

9 comments:

  1. Great sharing sis:) Sangat membantu cikgu-cikgu se-malaya yang suka explore teknologi dalam pdpc..hehe..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Sangat membantu guru-guru time pkp ni.Thanx alotfor sharing.

    ReplyDelete
  3. Thank you very much for the knowledge. May Allah SWT bless you and grant all your wishes and dreams.

    ReplyDelete
  4. tQ cikgu sharing nya.. sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  5. Tq for sharing. Sangat membantu.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih..sangat membantu

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian ynag bermanfaat. Semoga dirahmati selalu.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih..atas perkongsian ilmu ini.Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Tq 4 sharing. Agak mudah nak buatnya.

    ReplyDelete