Buku Cerita Interaktif Percuma Untuk Kanak-kanak - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday, 4 May 2020

Buku Cerita Interaktif Percuma Untuk Kanak-kanak


Assalamualaikum...

Hai semua! Apa khabar? Saya harap semua okay, sihat sejahtera. Baru-baru ni ada tawaran di Facebook dari Vooks yang menawarkan buku interaktif kanak-kanak secara percuma. Buku-buku yang sememangnya berkualiti tinggi, ada antaranya yang memang The New York Times Best Selling Series, untung laa boleh dapat Free! Kannn... 

Apa yang best nya?

It's FREE! Yay! Untuk guru diberikan langganan percuma selama setahun. Daftar je tanpa perlu masukkan nombor kad kredit ke apa ke... WoW! Sebab tu saya rasa saya patut kongsikan dengan korang. Buku-buku cerita yang berkualiti complete dengan voice (ada orang tolong bacakan buku tu untuk anak-anak korang) and of coz dengan sebutan yang betul, memang sangat berbaloi untuk digunakan waimah kat dalam kelas sekalipun, memang superb! Lesson plan pun disediakan untuk memudahkan korang mengajar menggunakan buku cerita interaktif tu tau... Hehe... 😄

Boleh daftar untuk dapatkan akses percuma. Pastikan korang masukkan alamat email yang betul sebab link untuk password akan dihantar ke email.



Untuk parents yang bukan guru, korang boleh gak dapat sebulan akses percuma, tapi korang perlu masukkan nombor kad kredit terlebih dahulu. So, kalau misal kata tak nak melanggan, korang boleh stop je langganan tu bila-bila masa. 



Kalau korang tak nak apply untuk Free Access pun takpe, masih ada banyak buku-buku yang korang boleh akses secara percuma. 



Okay gais. Jaga diri hokayyy! Walaupun dah bermula Perintah Kawalan Pergerak Bersyarat, still, kena hati-hati bila berada di luar. Semoga kita semua dalam lindungan & kasih sayang Allah SWT. InsyaAllah... 

Nota kaki : Redha itu apabila kau tak lagi bertanya "Kenapa?".

No comments:

Post a comment