Template Google Form Untuk HIP Assessment Tools - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 30 May 2020

Template Google Form Untuk HIP Assessment Tools



Halluuuu! Assalamualaikum gais!

Lama betul berehat. Cuti Raya katanya... Hehe... Ada banyak je nak dikongsi tapi semuanya hold, tak siap lagi post nya sebab agak sibuk. Sibuk masak & makan... Bhahaha... Rayakan sebulan! Gituhhh...

Seorang rakan saya, Cikgu Nor Idayu Binti Idrus dari SK Kuala Tahan, Pahang minta saya check kan template Google Form yang dibuat. Template ni dibuat untuk memudahkan urusan collect data HIP Assessment. Punya la rajin dia ni, dari malam raya wei dia dok pulun buat! Haha... Tapi al maklumkah, malam raya saya memang sibuk, tak sempat nak semakkan... Maap ye, Ayu! Heheh...

Sampailah dia dapat siapkan semua tapak untuk Pentadbir, Guru, Ibubapa dan Murid semalam... Alhamdulillah selepas bersama-sama go through Google Form yang dibuat, nampak macam okay lah semuanya... Memang terbaiklah! Saya sendiri hanya mampu tolong beri idea untuk penambahbaikkan sesikit dan proofread jer... Huhu... Hanya Allah je yang mampu membalas budi baik Cikgu Ayu kerana sudi berkongsi template ni dengan rakan-rakan guru yang lain... Jangan lupa doakan dia tau! 


Yang berminat nak copy template Google Form HIP Assessment, silakan download dari link di bawah ni ya... Boleh edit... 

💙 SCHOOL HEAD


💛 TEACHERS


💚 STUDENTS 


💜 PARENTS & COMMUNITY


Andaikata ada kesilapan atau ada apa-apa cadangan untuk penambahbaikkan, mohon maklumkan.  Boleh tulis kat ruang komen... Atau korang boleh edit sendiri since Cikgu Ayu share template untuk korang copy. Jadi, mudahlah nak guna untuk sekolah korang. Dapat kumpul data sekolah korang jer... Tak campur data sekolah lain... 😊

Okay gais, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Raya, raya juga... Jangan lupa kita masih lagi dalam PKPB... Sentiasa berhati-hati, jaga diri, jaga keluarga, jaga masyarakat. Take care!

Nota kaki : Kesempurnaan hidupmu tidak didasarkan seberapa banyak yang kamu miliki tetapi berapa sedikit yang kamu perlukan... 

4 comments:

  1. tqsm untuk google form ini. semoga sentiasa dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
  2. Thank you so much for sharing this, Cikgu. May you be blessed always. Love, from Kuching, Sarawak.

    ReplyDelete