Aplikasi Penyelesaian Soalan Matematik - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday, 2 June 2020

Aplikasi Penyelesaian Soalan Matematik


Assalamualaikum...

Hai gais! Sepanjang cuti ni mesti ada parents yang struggle nak bantu anak-anak menjawab soalan matematik kan? Hehehe... Bukan main tinggi aras soalan zaman sekarang. Tapi nak tak nak, terpaksa juga la kita bantu. Siapa lagi nak tolong anak-anak melainkan mak ayah juga kan... 

Okay, hari ni saya nak share 2 aplikasi penyelesaian soalan matematik. Mungkin la tak semua soalan apps ni boleh selesaikan, tapi most of the questions, memang boleh la... Terbaik apps ni! Jadilah dari tak menjawab langsung kan... At least dapatlah jugak siapkan sikit kerja-kerja yang cikgu beri.

Pada saya, kalau dilihat pada sisi positif, Apps ni sangat berguna untuk murid-murid juga sebab yang bagusnya, apps ni akan tunjukkan sekali jalan kerja untuk setiap soalan. So, dari jalan kerja tu sebenarnya boleh membantu murid-murid untuk faham. Walau bagaimana pun, keburukan pun ada bila nanti murid-murid akan bergantung kat apps ni, jadi malas nak kira sendiri. Tapi kalau untuk Add Maths, soalan kan memang susah giler, so, apps ni memang membantu untuk meningkatkan kefahaman since murid boleh tengok jalan kerja satu per satu. Mak ayah pun tak pening membantu... Yelah, bukan semua mak ayah yang hebat Maths. Kannn...

Okay, jom tengok macam mana nak gunakan dua apps ni... Lebih kurang sama jer fungsinya.

1) Bagi yang berminat untuk mencuba, boleh download apps ni kat telefon bimbit anda. Pergi ke Apps Store / Google Play Store, cari nama Apps ni dan download. Kedua-dua apps adalah percuma!

✅ Photomath


✅ Microsoft Maths Solver 


2) Buka apps > Set bahasa. Yang ambil dual language boleh guna Bahasa Inggeris, yang mana soalan dalam BM, boleh set kan kepada Bahasa Malaysia.

3) Aktifkan kamera, boleh mula scan pada soalan dan jawapan serta jalan kerja akan terpapar di skrin. Senang je kan! Hehe...

Okay gais. Di harap dengan adanya dua apps ni dapatlah sedikit sebanyak mengurangkan beban korang nak mengajar Matematik kat anak-anak... Kikiki... Anda fikir saya ada masa untuk sakit kepala? Hahahaha... Bye, gais! Take care. Assalamualaikum...

Nota kaki : Ketenangan itu adalah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. 

1 comment:

  1. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete