Cara Buat Puzzle Dengan Mudah - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday, 11 July 2020

Cara Buat Puzzle Dengan Mudah


Assalamualaikum gais! 


Halluuu... Saya harap semua pembaca blog saya sihat dan sentiasa ceria ya. Positif, gais... Positif! Okay, hari ni saya nak kongsikan satu aplikasi yang bagi saya memang superb untuk menghasilkan puzzle interaktif. Puzzle yang dicipta juga boleh dicetak, jadi, kita ada pilihan samada nak gunakan dengan murid secara atas talian atau dengan menjadikannya sebagai lembaran kerja. 


Cikgu-cikgu boleh bina puzzle mengikut citarasa sendiri. Ada banyak pilihan dan memang apps ni mudah nak digunakan... Kita cuma taipkan je maklumat, selebihnya apps ni yang akan generate kan menjadi puzzle yang kita inginkan. 


Berikut adalah antara puzzle yang boleh dibina menggunakan aplikasi ini... 


✅ Crossword Puzzle


✅ Memory Game


✅ Jigsaw Puzzle


✅ Word Search


✅ Find the Pairs


✅ Quartet Game


✅ Filipino


✅ Number Puzzle


✅ Quiz 


✅ Shuffled Words


✅ Sliding Puzzle


Cara-cara nak bina puzzle memang tersangat mudah... 


1) Pergi ke laman  https://puzzel.org/en/



2) Buat pilihan jenis puzzle yang hendak dibina.


3) Isikan soalan / gambar / perkataan dalam ruangan yang disediakan... Setelah selesai, klik tanda ✅ untuk save puzzle yang dibina. Ada puzzle yang memerlukan pengguna untuk klik butang kuning macam icon mata tu untuk preview puzzle...


4) Klik butang PLAY (Bawah butang ✅) untuk mendapatkan link puzzle online. Copy link dan berikan kepada murid. Atau pun boleh jer cetak puzzle untuk dijadikan lembaran kerja.


Lihat contoh paparan pada murid seperti gambar di bawah.


Yang guna free account, limit 2 puzzle je. So kalau nak lebih boleh delete puzzle lama. Save bahan dalam bentuk PDF, kemudian boleh delete puzzle lama, kemudian buat lagi dan lagi... Hehe... 

Okay, sekian sahaja perkongsian saya untuk hari ini. Semoga bermanfaat! Jangan lupa kalau berdoa tu masukkan sekali nama saya hokay! 😉 Take care, gais... Assalamualaikum... 

Nota kaki : Doa memberikan kekuatan pada yang lemah. Membuat orang yang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian untuk orang yang ketakutan.

No comments:

Post a comment