Cara Untuk Menghilangkan Popup Microsoft Teams Semasa Buka Laptop - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday 10 July 2020

Cara Untuk Menghilangkan Popup Microsoft Teams Semasa Buka Laptop


Assalamualaikum semua! 

Hai gais... Siapa yang guna Windows 10 akan alami benda ni. Memang agak annoying, tapi sebenarnya kita boleh setting supaya Microsoft Teams ni tak terpapar secara automatik setiap kali kita buka laptop. Satu lagi adalah Microsoft OneDrive, sama juga, setiap kali kita on laptop, One Drive ni akan terpapar di screen... Saya dah tulis cara nak hide OneDrive sebelum ni. InsyaAllah bermanfaat bagi yang terasa ianya annoying dan merimaskan... Haha... Boleh baca post berkenaan di CARA MENGHILANGKAN POPUP ONE DRIVE SEMASA ON LAPTOP.

Yelah, dua aplikasi tersebut OneDrive dan Teams memang bagus, tapi jadi rimas sebab setiap kali buka laptop, dua apps ni akan auto appear kat screen... Duhh! Saya akan share cara bagaimana nak elakkan perkara tu berlaku lagi tanpa perlu men delete aplikasi-aplikasi tersebut! Jangan risau, apps tersebut masih ada lagi dalam laptop anda, cuma bila nak guna apps tu, barulah kita search dan gunakan... Takde dah terpapar secara automatik macam sebelum ni... Rimasss! Huhu...

Okay, sila lihat panduan di bawah ni untuk menghilangkan popup Microsoft Teams pulak... Hehe...




Lega sangat lepas dah buat setting macam ni, dah takde dah Microsoft Teams dan Microsoft OneDrive terpapar secara automatik lagi bila buka laptop... Kehkehkehhh... Walau pun begitu, dua apps hebat ni masih ada lagi dalam laptop, so, tak risau kalau nak guna, just cari je... Guna macam biasa. 

Okay gais, saya nak get ready ke sekolah! Seawal subuh kakak ber blog hari ni. Hahaahha... Semoga perkongsiaan ini bermanfaat. Assalamualaikum...  

Nota kaki : Orang yang hebat bukanlah orang yang selalu menang dalam pertarungan. Orang hebat adalah orang yang dapat mengendalikan dirinya ketika marah. (HR Bukhari & Muslim)

No comments:

Post a Comment