Cara Mengesan Scammer - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 4 July 2020

Cara Mengesan Scammer


Assalamualaikum gais!

Hari ni saya nak share bagaimana kita boleh mengesan laman web Scammer dan individu yang dilaporkan pernah scam sesapa. Maklumlah sekarang ni macam-macam cara orang nak scam kita. Manusia akhir zaman ni ramai yang pelik-pelik perangainya... Huhu... Moga-moga kita terlindung dari perkara-perkara seperti ini... InsyaAllah... 

Saya terjumpa dua laman web ni, macam okay jugaklah... Agak detail maklumat yang diberikan... So, kalau nak check laman web scammer, boleh check kat tiga laman ni... Mungkin tak semua dapat dikesan, biasalah, kalau dah scammer tu macam-macam cara dorang akan buat asalkan dapat scam orang kann... Cuma, ni sebagai langkah berjaga-jaga, berhati-hati sebelum terkena... Jangan kita main klik ke link-link yang tak biasa dilihat... Nak beli barang apa-apa pun sentiasa berhati-hati... Baca review pengguna lain... Better check dulu kesahihannya... Kalau boleh pilih COD (Cash on Delivery) lebih baik... Barang sampai baru bayar... Tapi kalau takde, berhati-hati je la... Jangan sampai terkena. 

Yang pertama ni untuk mengesan laman web Scammer...



Yang kedua ni siap ada Scammer list lagi... so boleh check nama company atau nama penjual di sini...


Yang ketiga ni adalah laman yang dibangunkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM. Boleh semak nombor telefon atau pun no akaun scammer di sini... 



Sentiasa berhati-hati ya... Scammer di mana-mana. Masih ramai juga scammer yang terlepas. Ini kerana bila mangsa di scam tak buat report, patutnya kena report atau pun paling tidak pun, viralkan supaya orang lain tak terkena sama... Kannn... Huhu...

Okay gais, semoga perkongsian ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan yang lain... Sama-samalah kita berhati-hati ya... Semoga kita semua dalam rahmat Allah... Aamiin...

Nota kaki : Kebenaran tetap satu kebenaran walau tiada siapa yang mempercayainya. Penipuan tetap satu penipuan walau semua orang mempercayainya. Jangan lupa, Allah ada. 

No comments:

Post a Comment