Inovasi Pembukaan Sekolah Selepas PKP SK Ringlet, Cameron Highlands - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday 16 July 2020

Inovasi Pembukaan Sekolah Selepas PKP SK Ringlet, Cameron Highlands


Assalamualaikum semua! 

Hai gais... Apa khabar? Macam mana hari ni? Dah start mengajar ke tu? Hehehe... Alhamdulillah, saya masih lagi mengajar di atas talian, murid-murid masih di rumah lagi... Tahun 1 dan tahun 4... Next week baru dapat nak berjumpa kalau Allah izinkan... InsyaAllah... 

Saya begitu tertarik dengan inovasi yang dibuat oleh warga SK Ringlet, Cameron Highland. Murid-murid sekolah ni ada yang terdiri dari anak orang asli tau. Namun begitu, kegigihan guru-guru di SK Ringlet memang saya kagumi... Tahniah kepada Puan Rosnani Binti Ghazali, Guru Besar sekolah berkenaan. Saya dapat mengikuti perkembangan sekolah ni pun melalui Facebook beliau. Terasa nak naik Cameron pulak... Dekat je Ipoh - Cameron. Haha... Harap-harap ada rezeki nak ke sana, boleh la buat lawatan ke sekolah ni... dan teringin juga nak jumpa Suhana! Haaa... Siapa yang mengikuti Puan Rosnani pasti kenal dengan Suhana... Hehe...


Ni antara inovasi yang boleh anda lihat dan mungkin dapat dijadikan sebagai contoh. Manalah tahu, kot ada yang terinspirasi dengan hasil kerja guru-guru, bolehlah buat untuk sekolah sendiri pulak. Hehe... Kita ambik idea! 😇 

Sinki Mobile menggunakan tong sampah hitam, besen dan saluran air washing machine. Hebat! 👏👏



Yang ini pula, sinki mobile menggunakan bekas air, batang paip, besen dan saluran air washing machine. Kemas dan cantik hasil kerjanya. Tahniah, cikgu! 😁




Okay, next.... Inovasi kat tandas. Nak elak murid dari beramai-ramai kat tandas, sekolah ni buat sistem traffic light macam ni. Murid hanya perlu nyalakan suiz lampu dengan hujung kasut jer... Letopppsss! Memang superb!~ Bukan biashe-biashe idea dorang, gaisss! 



Yang ni memang dah banyak sekolah buat... Macam-macam design/pattern. Tapi boleh jugak nak ambil idea ni... Pam Sanitizer mobile... Murid pijak dan sanitizer akan keluar ikut had yang sepatutnya. Jadi, takde la membazir sanitizer tu kan... Hehe...


Saya yakin banyak lagi inovasi yang dibuat di sekolah lain. Semua guru-guru kreatif nak menghadapi norma baharu... Ni salah satu hikmah Covid19. Hidden blessings! Alhamdulillah. Syabas, cikgu! Semoga kita kekal cemerlang dunia akhirat... Aamiin... 

Nota kaki : Orang yang kuat hatinya bukanlah yang tidak pernah menangis tapi yang tetap bersabar ketika ramai yang menyakiti hatinya.

No comments:

Post a Comment