Cara Mengecilkan Saiz Fail Gambar - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 12 September 2020

Cara Mengecilkan Saiz Fail Gambar


 Hai gais!


Assalamualaikum.... Selamat berhujung minggu semua... Hari ni saya nak kongsikan beberapa aplikasi yang boleh digunakan secara online di web untuk mengecilkan saiz fail gambar. Kadangkala bila kita isi borang online, ada limit untuk kita upload gambar. Contohnya macam kat laman e-operasi / HRMIS... Nak masukkan gambar profil ada limit saiz yang dibenarkan. 


Setiap gambar ada saiz fail yang berbeza, namun kita sebenarnya boleh mengecilkan saiz fail gambar tersebut dengan menggunakan aplikasi di laman-laman berikut.... 


👉 www.fixpicture.org

👉 www.tinyjpg.com

👉 www.compressnow.com

👉 www.imagesmaller.com

👉 www.compressimage.toolur.com

👉 www.jpegmini.com


Saya lihat semuanya lebih kurang sama. Upload gambar dan klik butang Compress... Siap! Ada apps yang benarkan pengguna membuat pilihan samada ingin menyimpan gambar dalam format lain. Walau bagaimana pun, untuk gambar, saya sarankan korang gunakan format JPEG atau PNG. 


Seperkara lagi.... Mengecilkan saiz fail gambar bukanlah bermaksud kita mengecilkan gambar berkenaan ya. Takde guna fungsi crop apa semua hokayy... Gambar tetap sama cuma dari segi kualiti agak berbeza. So, lepas ni kalau ada borang online yang perlu diisi, memerlukan gambar dalam limit tertentu, bolehlah gunakan 6 aplikasi yang telah dicadangkan tu.


Sekian sahaja perkongsian ringkas untuk hari ini. Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat. Jangan lupa follow saya di Facebook untuk mendapatkan perkongsian-perkongsian khususnya tentang teknologi & pendidikan. Take care, gais! Assalamualaikum... Babai...


FOLLOW RAIHAN JALALUDIN DI FACEBOOK


Nota kaki : Amal yang paling dicintai Allah adalah amal yang terus menerus (istiqamah) meskipun sedikit. 

1 comment:

  1. assalamualaikum puan. izinkan saya bertanya.. dari keenam-enam aplikasi yg puan nyatakan itu, yang mana satu yg puan rekomen kan? utk kecilkan saiz gambar

    ReplyDelete