Jenis-jenis Video Pendidikan - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday 15 September 2020

Jenis-jenis Video Pendidikan



Assalamualaikum semua...


Perasan tak... sejak PKP hari tu, ramai guru yang mula menyediakan content untuk murid-murid mereka menggunakan video. Video-video yang dihasilkan di muat naik ke laman Youtube di mana secara tak langsung membuka ruang untuk guru-guru menjadi Youtuber. Tidak dinafikan ramai guru yang berbakat dalam menghasilkan video yang baik yang dapat diguna pakai oleh rakan-rakan guru yang mungkin kurang kemahiran dalam menghasilkan video. Selain itu, video-video yang berkualiti ini juga dapat dimanfaatkan oleh murid-murid di seluruh negara. Itulah yang kita mahukan... Content berkualiti yang dapat memberi impak kepada murid lain juga... Tahniah, cikgu! 


Namun begitu, dalam keghairahan menghasilkan video, ada juga segelintir guru yang buat video sekadar melepaskan batuk di tangga... Ada juga yang ambil kesempatan, menjadikan keratan akhbar, keratan surat, di screeshot dan dijadikan video. Perlu ke sampai macam tu? Tepuk dada tanya selera. 


Saya berpendapat seharusnya guru-guru peka dengan ciri-ciri yang perlu diambil peduli dalam menghasilkan video pendidikan yang berkualiti. Bila video berkualiti, ramai lagi yang akan mendapat manfaat darinya... Untuk cikgu-cikgu yang kurang berkemahiran menghasilkan video, boleh cari video yang sesuai di apps berikut... 




Bercakap mengenai video, baru-baru ini saya terbaca tentang jenis-jenis video pendidikan yang mana saya rasakan agak menarik untuk dikongsi. Sebelum ni tau video... video... video... Tapi tak tau plak setiap satu tu ada nama dan jenis yang tersendiri... Hehe... Jom tengok di bawah ni... Ni antara jenis-jenis video yang ada dalam konteks pendidikan... 


JENIS-JENIS VIDEO PENDIDIKAN


Explainer Videos  Video animasi pendek untuk penerangan tentang sesuatu topik / tajuk.

Ni contoh video Explainer 



Talking head Dalam video hanya Nampak separas bahu sahaja. Close-up. Nampak lebih dekat dan mesra dengan penonton.



Table top Rakaman pen/kertas sambil guru mencatat & membuat penerangan. Biasanya rakaman dari angle atas ke bawah. 




Screencast Merekod Skrin. Selalunya untuk tutorial.




Slidecast Rekod skrin yang memaparkan slide & guru menerangkan slide pada masa yang sama.




Khan Academy Style Lebih kurang seperti Table top. Merakam menggunakan pen digital dan skrin digital menggantikan kertas.



Animation Membuatkan sesuatu yang sukar di terangkan, dapat diterangkan dengan animasi.






Ditambah pula dengan penggunaan Greenscreen sebagai studio atau latar belakang, perghhh... memang mantoppp! 👍👍 Ada banyak style yang boleh kita buat untuk video... Jom la kita try buat lain-lain style... Hehehe.... Macam best kan... Explore new things! Love it... 


Okay la, sekian sahaja perkongsian saya untuk hari ini... Take care, gais! Selamat menyambut hari Malaysia. Babai...


Nota kaki : Apa-apa yang dimulakan dengan kemarahan akan berakhir dengan kekesalan.

No comments:

Post a Comment