Cara Masukkan Laporan Pelaksanaan PdPR - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday 18 November 2020

Cara Masukkan Laporan Pelaksanaan PdPR


 Assalamualaikum gais!


Pagi ni ada beberapa orang rakan guru yang PM saya bertanya tentang site yang mereka cuba buka untuk masukkan laporan pelaksanaan PdPR, tak dapat nak diakses... Oleh itu, saya dengan ini mengambil kesempatan untuk membuat sedikit tutorial ringkas cara untuk mengakses Google Form dalam site yang diberikan... 


KAEDAH 1


Pertama sekali, korang copy dulu link yang korang dapat dari Whatsapp / Telegram sekolah korang. 


Kemudian, buka CHROME. Paste link, tekan ENTER.



Pilih Daerah korang.


Kalau paparan jadi macam kat bawah ni, takpe... Klik kat kotak kecik kat penjuru atas tu...



Kalau laptop korang pernah bukak akaun moe-dl, korang hanya perlu masukkan password... Dan siap sedia untuk mengisi Google Form yang disediakan.



Kalau tak berjaya kaedah 1 diatas, boleh cuba kaedah kedua... 


KAEDAH KEDUA


Buka CHROME


Klik kat TIGA TITIK (CUSTOMIZE & CONTROL GOOGLE CHROME) di tepi penjuru atas sebelah kanan. 


Klik NEW INCOGNITO WINDOW



Masukkan link SITE yang diberikan oleh sekolah korang...


Klik DAERAH


Paparan dalam mode INCOGNITO akan keluar macam ni. Klik je kat kotak kecik di penjuru tu...



Tab satu lagi akan terbuka, masukkan email moe-dl dan password korang... 



Google Form akan terpapar dan boleh mula mengisi laporan pelaksanaan PdPR cikgu...




Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini... Semoga bermanfaat... Take care. Babai...


Nota kaki : Jangan terlalu bersedih kerana pertolongan akan selalu datang dengan kesabaran. 

No comments:

Post a Comment