Fun Tricks Untuk Carian Google - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 2 November 2020

Fun Tricks Untuk Carian Google




 Hai gais!


Assalamualaikum... Apa khabar? Harap korang semua sihat dan terpelihara dari wabak Corona Virus. Kalau takde apa-apa urusan, duduklah di rumah ya... Semoga kita semua selamat hendaknya... Aamiin... 


Kelmarin, ada seorang rakan saya yang berkongsi tentang satu trick tersembunyi apabila kita menggunakan carian Google. Perghhh... Memang letoppps habis! Terima kasih Kak Rexana kerana sudi berkongsi maklumat dengan saya. Alhamdulillah... Nampak tak, bila kita berkongsi ilmu, Allah akan hantar orang lain pulak berkongsi ilmu dengan kita... Bak kata orang, what you give, you get back... Sangat bersyukur mempunyai rakan-rakan sebegini dalam circle kehidupan. Terima kasih, kak!


Cikgu Rexana kongsikan satu trick dengan saya... Tapi rupanya bila saya mencari gali lagi, saya terjumpa ada banyak lagi trick... Wow!!! Benda dah lama dah gais... Kalau dilihat kat laman web times.com perkongsian tentang trick Carian Google telah dibuat pada tahun 2014 lagi... Ada jugak yang terkini... Contoh macam Cha Cha Slide yang Kak Rexana kongsikan dengan saya.


FUN TRICKS UNTUK CARIAN GOOGLE


Antara trick yang menarik adalah seperti berikut... Boleh try kat phone atau pun laptop... Jom cuba... 😁


1) Buka laman google.com 

Taip DO A BARREL ROLL di ruangan search. 

Perghhhh... Berpusing-pusing skrin... Haha...



2) Buka laman google.com 

Taip CHA CHA SLIDE di ruangan search.

Nanti ada Mic warna biru akan muncul... Klik kat mic tu... klik je ada butang-butang seterusnya... Ini yang Cikgu Rexana kongsikan dengan saya. Cool kann... Haha...




3) Buka laman google.com 

Taip ASKEW di ruangan search. 

Korang akan nampak skrin korang senget... Hahahaha... Try laa!


4) Buka laman google.com 

https://elgoog.im/gravity/

Taip GOOGLE GRAVITY

Klik I'M FEELING LUCKY. Tadaaaa... Semuanya runtuh... Haha...




5) Buka laman google.com 

Taip GOOGLE IN 1998 

Korang akan dapat lihat macam mana keadaan Google Search pada tahun 1998... Hihi...


6) Buka laman google.com 

Kalau korang peminat cerita Friends, google nama pelakon tu... 

Contoh Chandler Bing, Monica Geller, Joey Tribbiani 

Kat nama dorang akan keluar icon animasi... Klik... Tengok apa jadi... Hahaha...


7) Buka laman google.com 

Taip SET TIMER 5 MINUTES di ruangan search.

Timer akan On sendiri...


8) Buka laman google.com 

Taip je pengiraan kat Google Search... Contoh ( 895x2/3= )


9) Buka laman google.com 

Nak lihat ukuran? Taip je macam ni... 1mm to cm 

Jawapan dapat instantly! WOW!


Nombor 7, 8, 9... memang siapa yang pernah attend bengkel Google yang saya buat, kebanyakkannya dah tau... Sebab saya dah pernah share banyak kali dalam bengkel saya... Alhamdulillah... Dah lama benda-benda ni... :)




10) Games

https://elgoog.im/space-invaders/

https://elgoog.im/pacman/

https://elgoog.im/breakout/

https://elgoog.im/zergrush/

https://elgoog.im/underwater/

https://elgoog.im/snake/

https://elgoog.im/guitar/




 Ada lagi kalau ikutkan... Yang disenaraikan ni antara yang best! Try tau... Hehe... 


Nota kaki : Jagalah hartamu dengan zakat, ubatilah sakitmu dengan sedekah dan hadapilah segala cobaan & bahaya dengan doa serta rendah hati. 

No comments:

Post a Comment