Aplikasi Membina Game Pendidikan Paling Mudah - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday 8 December 2020

Aplikasi Membina Game Pendidikan Paling Mudah




Assalamualaikum semua... Apa khabar? Alhamdulillah dah tak lama dah nak habis sekolah... Dah hujung-hujung ni mungkin kita boleh fikirkan aktiviti-aktiviti ringkas yang menyeronokkan untuk murid-murid. Mungkin ada yang dah habis syllabus, jadi mungkin korang boleh bina game untuk sum up lesson korang dari mula sampai habis... 


Aplikasi ni sangat simple dan mudah nak digunakan. Saya dah cuba, okay la... Saya dapat maklumat tentang apps ni dari seorang rakan Facebook saya, Ustaz Mustaqim Azman. Pernah nampak Ustaz ni share tentang apps ni, menarik... lantas saya terus mencuba. Hehe... Terima kasih, Ustaz Mustaqim Azman. 


So, hari ni saya nak kongsikan pulak ilmu ni kepada pembaca-pembaca blog raihanjalaludin.com 
Kalau ada yang berminat, boleh cuba ya... Saya dah siapkan tutorial ringkas. Saya pun baru cuba satu jenis game je, tak sempat nak try game yang lain... Saya try buat yang HIKING tu... 


APLIKASI MEMBINA GAME PENDIDIKAN PALING MUDAH


1. Pergi ke laman https://gamilab.com/


2. Klik REGISTER




3. Klik pada CREATE 


4. Masukkan nama game





5. Pilih jenis game yang dikehendaki. Nak HIKING ke EXPLORE ke atau BERBASIKAL.




6. Pergi ke menu GAME BOARD (lihat sebelah kiri) - Taip soalan dan jawapan.


7. Dah siap masukkan soalan, klik SAVE and CLOSE.


8. Nak add COLLABORATORS  pun boleh... Kot la korang nak bina game ni sesama dengan rakan guru yang lain... Add je email dorang hokay!





9. Sekarang pergi ke menu PUBLISH SETTING - klik butang PUBLISH




10. Pergi ke menu MY PLAY CODES - Double click pada kod berkenaan - Copy link untuk disebarluas. Atau boleh kongsikan terus melalui Google Classroom.




Nanti korang dah siap, boleh lah share link kat ruangan komen... Lagi banyak lagi bagus.. Nyatakan subjek & untuk tahun berapa... Jadi, kalau ada guru-guru lain yang nak guna game tu, bolehlah share je dengan murid-murid. Infaq bahan, insyaAllah, pahala menanti... 😇


Ni link untuk game yang saya cuba buat... Boleh share dengan anak / anak murid ya... BI Tahun 4. 


Yang ni pula adalah perkongsian oleh:-

Cikgu Jalila Jamar  https://bit.ly/36X3z3y  (Sains)

Ustazah Shafiza Maudin - https://bit.ly/39RHyVP (Pendidikan Islam Tahun 2)


Ustazah Misbah - https://gamilab.com/play/ff4afe95-e105-4ee3-9cad-5c8008877ec6 (Pendidikan Agama Islam)



Cikgu Afzan Rimi

Cikgu Jalila Jamar - https://bit.ly/38eEVLk (Sains Tahun 1)

Cikgu Jalila Jamar - https://bit.ly/2KDbrP1 (Sains Tahun 2)

Cikgu Jalila Jamar - https://bit.ly/3p6QDi9 (Sains Tahun 3)

Cikgu Jalila Jamar - https://bit.ly/3r37WSN (Sains Tahun 4)

Cikgu Jalila Jamar - https://bit.ly/3886TIG (Sains Tahun 6)


**Pesan pada murid, kotak jawapan yang BETUL perlu DIHITAMKAN

Doakan saya ada kelapangan untuk hasilkan lebih banyak bahan, game, perkongsian dll untuk dimanfaatkan oleh semua. Sekian dari saya, assalamualaikum...


Nota kaki : People don't care about what you say, they care about what you build. - Mark Zuckerberg

13 comments:

  1. https://gamilab.com/play/5dd1a945-b259-465a-b648-0e42504f55bd

    ReplyDelete
  2. Terima kasih cikgu. Sangat membantu

    ReplyDelete
  3. Terima kasih cikgu. Sangat membantu

    ReplyDelete
  4. gam ni x bole import ke gam sedia ade

    ReplyDelete
  5. tq cikgu
    saya ada create game untuk Sains Ting.4 Bab 1

    ReplyDelete
  6. tq cikgu..
    saya ada create game untuk Sains ting.4 Bab 1
    https://gamilab.com/play/2ce59150-42aa-4cb8-938e-d243c125ad25

    ReplyDelete
  7. Terima kasih cikgu. Perkongsian ilmu.. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  8. Kalau maths,nak insert gmbr soalan boleh?

    ReplyDelete
  9. https://gamilab.com/play/b903f91f-b59c-42b9-a17e-b218ad0b8351

    ReplyDelete
  10. boleh lawat https://wasza.xyz/ untuk pelbagai game pendidikan.

    ReplyDelete