Cara Mencantumkan Soalan Dari Google Form Yang Berbeza - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday 2 December 2020

Cara Mencantumkan Soalan Dari Google Form Yang Berbeza

 


Assalamualaikum gais! 


Halluu. Apa khabar? Okay, hari ni saya nak kongsikan cara bagaimana untuk mencantumkan soalan-soalan dari Google Form yang lain ke dalam satu Google Form. Yelah, kadang-kadang kita nak ulang tanya soalan yang sama... So, boleh la guna cara ni... It's very simple actually... Sangat mudah. 3 langkah jer... Okay jom tengok cara-caranya...


Apa pun, please take note, soalan hanya boleh diambil dari Drive yang sama. So, andaikata soalan korang yang sebelum ni dibuat menggunakan akaun lain, korang kena copy dulu Google Form tu, bawak masuk ke Drive akaun yang korang nak guna sekarang ye... 


CARA MENCANTUMKAN SOALAN DARI GOOGLE FORM YANG BERBEZA


1) Buka Google Form - Klik Import Question




2) Pilih kuiz yang hendak di import.




3) Pilih soalan yang hendak di cantumkan dalam Google FormKlik Import Question. Siapp! 


Apa nak buat kalau tersalah ambil soalan? Jangan risau, korang boleh UNDO atau pun tekan je butang Delete (bin) kat soalan-soalan tu... 


4) Ulang cara sama untuk ambil soalan dari Google Form yang lain pula.


Okay gais. Diharap dengan perkongsian ini akan dapat memudahkan lagi proses kalian menghasilkan bahan-bahan PdP... Semoga semuanya semakin bersemangat dalam melaksanakan tugasan! Yesss! Take care, semua... Bye!


Nota kaki : Jangan pernah bosan menyampaikan kebenaran disebabkan banyaknya yang menentang, kerana kebenaran itu adalah cahaya yang mampu menerangi berjuta kebatilan. 

No comments:

Post a Comment