Cara Print Kuiz Google Form Murid Yang Telah Disemak Beserta Markah - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 5 December 2020

Cara Print Kuiz Google Form Murid Yang Telah Disemak Beserta Markah



 Assalamualaikum gais!

 

Hai... Hari ni saya nak berkongsi cara paling mudah untuk cikgu-cikgu menyimpan evidens Kuiz Google Form yang telah disemak beserta dengan jawapan. Terpulang la samada nak print atau nak simpan dalam bentuk PDF. Kalau dalam bentuk PDF, mungkin korang boleh share dengan murid-murid kat Whatsapp/Telegram... Jika ada keperluan la, kalau takde keperluan, data tu tetap ada dah dalam simpanan kita kat Form tu. So, jangan risau. Tapi memang ada cikgu yang suka simpan & tengok evidens bercetak, so, yang nak print, printlah sehelai-sehelai... Compile masuk file... Hokay! 😁


Yes, memang kita akan dapat data murid dalam response sheets setelah murid menjawab kuiz. TAPI dalam response sheets tu takde tulis yang mana betul, yang mana salah... Kita cuma terima respon murid je dalam tu... 


Kalau kita nak tengok secara detail jawapan murid yang mana betul atau salah, kita boleh pergi ke paparan pada tab Responses di Google Form kita. Di situ ada icon PRINT, tapi bila kita print, hanya respon murid yang keluar... Takde semakan dan feedback dalam tu. Baik, macam mana nak keluarkan semakan dan feedback tu so that kita boleh simpan as evidence macam kita menanda buku jugak? Jom tengok caranya macam mana...  


CARA PRINT KUIZ GOOGLE FORM MURID YANG TELAH DISEMAK BESERTA MARKAH


1) Buka Google Form - Lihat tab RESPONSES - INDIVIDUAL - Pilih nama murid



2) Pada Chrome Browser, klik pada CUSTOMIZE & CONTROL GOOGLE CHROME (Tiga Titik). Rujuk gambar di bawah... 


3) Klik PRINT - Buat pilihan samada menyimpan lembaran dalam bentuk PDF atau pilih printer anda untuk mencetak.




Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Saya doakan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan para pembaca blog raihanjalaludin.com baik-baik sahaja ya, insyaAllah... Semoga kita semua dilindungi dan terpelihara dari bahaya wabak Covid19. Bye!


Nota kaki : Orang yang ikhlas kepada Rabbnya semisal seseorang yang berjalan di atas pasir, tidak terdengar suara langkahnya, akan tetapi terlihat bekas jejaknya.

No comments:

Post a Comment