Kompilasi Modul PdPR Daerah Kinta Utara - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 6 December 2020

Kompilasi Modul PdPR Daerah Kinta Utara



Assalamualaikum gais!


Selamat berhujung minggu semua... Rasanya dah 4 minggu semua sekolah menjalankan PdPR. Malah ada sekolah yang dah jalankan lebih lama lagi... Alhamdulillah, baru-baru ini Sektor Pembelajaran, PPD Kinta Utara telah menghasilkan sebuah modul hasil kerjasama SISC+, Guru Cemerlang dan Guru Yang Berprestasi Cemerlang Daerah Kinta Utara.  Syabas diucapkan di atas usaha murni ini. Modul ini tidak lain dan tidak bukan untuk membantu memudahkan guru-guru lain untuk merancang PdPR.




Terima kasih kepada barisan pena redaksi, Puan Hajah Saibah Binti Haji Mansor, TPPD Sektor Pembelajaran, SISC+ Puan Hajah Norhaini Binti Abdul Aziz, Puan Misah Binti Sulaiman dan Puan Juliana Shaharom. Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru yang komited dan sentiasa cemerlang menyediakan modul mengikut subjek masing-masing. 


JILID 1


Cik Hailee bt Mahpot (GC Biologi SMK Jelapang Jaya), Pn. Nurashikin bt Muzafar (GC Biologi SMK Convent), Pn. Wong Choy Wan (GC Kimia SMK Buntong), Pn. Hjh Umaimah bt Harith (GC Kimia SMK Raja Perempuan), Komathy Veerasinghan (GC Kimia Smk Buntong), Pn. Noriza bt Awang (GC Kimia SMK Anderson), Pn. Sabariah bt Mat Isa (GC Fizik SMK Bercham), En. Muhammad Fazdhly bin Abdul Muttalib (SMK Dr. Megat Khas), Pn. Bonsu Amin bt Sahiman (GC Asuahan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak SMK Jalan Tasek), Encik Mohana Ram a/l Murugiah (GC Bahasa Inggeris SMK Perempuan Methodist) dan Pn. Puan Maleesa bt Abdul Wahid (Guru Sains SK Tasek).


JILID 2


En. Ong Wei Siang (GC Biology Kolej Tingkatan 6 Seri Putera), Pn. Noraini binti Nasikin (GC Kimia SMK Raja Perempuan), Pn. Noriza bt Awang (GC Kimia SMK Anderson), Komathy Veerasinghan (GC Kimia Smk Buntong), Pn. Sabariah bt Mat Isa (GC Fizik SMK Bercham), Pn Noor Saahida Bt Mohd Isa (GC Katering & Penyajian SMK Ulu Kinta), Pn. Sabariah bt Mat Isa (GC Fizik SMK Bercham), Pn. Norhaini binti Abdul Aziz (SISC+ PPD Kinta Utara), Encik Rohiman bin Subri (Mantan Guru Bahasa Melayu SMK Raja Permaisuri Bainun), Pn. Misah binti Sulaiman (SISC+ PPD Kinta Utara), Pn. Juliana binti Shaharum (SISC+ PPD Kinta Utara).


JILID 3


En. Ong Wei Siang (GC Biology Kolej Tingkatan 6 Seri Putera), Pn. Hjh Umaimah bt Harith (GC Kimia SMK Raja Perempuan), Komathy Veerasinghan (GC Kimia Smk Buntong), Pn Ra'baniah Nor binti Hamdan (SISC+ PPD Kinta Utara), Pn Noor Saahida Bt Mohd Isa (GC Katering & Penyajian SMK Ulu Kinta), saya sendiri Raihan Jalaludin, Pn Cheah Yet Thang (SISC+ PPD Kinta Utara), Pn Jayanthi A/P Karuppan (SISC+ PPD Kinta Utara), Pn Leila Binti Nasser (SISC+ PPD Kinta Utara), Puan Azlina binti Ibrahim Lastar (Pen. PPD Pemulihan Khas, Kinta Utara), Pn Irdayu binti Adnan (Pen. PPD Pemulihan Khas, Kinta Utara), Pn Rabiatul Adawiyah Binti Bahari (Pen. PPD Pendidikan Khas, Kinta Utara), Encik Noor Dashriman Bin Noor Kaman (Pen. PPD Pendidikan Islam, Kinta Utara), Pn Sabariah binti Mat Isa (GC Fizik SMK Bercham), Pn. Juliana binti Shaharum (SISC+ PPD Kinta Utara).



Baiklah, saya kongsikan di sini link untuk anda muat turun Kompilasi Modul PdPR PPD Kinta Utara. Mungkin ada subjek-subjek yang sesuai, jadi bolehlah anda aplikasikan sepanjang tempoh arahan pelaksanaan PdPR ni...



UPDATE 19/1/2021


Alhamdulillah Kompilasi Modul PdPR Daerah Kinta Utara Jilid 3 dah release... Yay! Saya punya bahan ada kat modul 3 ni tau... Hihi... Yang berminat, boleh download Jilid 3 ni ya... Kalau nak download yang jilid 1 & 2 boleh klik butang download hijau di atas... 


MODUL PDPR DAERAH KINTA UTARA JILID 3


Okay ni Modul BI Tahun 4 yang saya buat... Dah masuk dalam Kompilasi Modul PdPR Daerah Kinta Utara Jilid 3 dah pun... Murid-murid saya jalankan aktiviti ni dalam masa seminggu... Cuma mereka tak dapat modul versi lip lap lip lap macam ni... Dorang punya saya buat versi poster 'Among Us'. Content lebih kurang sama... 😁 





































Kalau nak guna dengan murid, boleh klik kat butang dibawah tu ye... Download dan share dengan murid-murid anda ya. Saya sediakan dalam format PDF... Jadi mudah anak-anak ni nak klik pada link-link yang berkaitan... 



Okay gais, sekian sahaja perkongsian kali ini... Jangan lupa patuhi SOP. Semoga semua pembaca blog saya sihat dan sentiasa dalam lindungan serta rahmat Allah SWT. 


Nota kaki : Sabar itu ilmu tingkat tinggi. Belajarnya setiap hari. Laluinya setiap saat. Ujiannya sering mendadak. Sekolahnya seumur hidup.

No comments:

Post a Comment