Raihan Jalaludin Top 10 HIP-FINCO Outstanding Teacher 2020 - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 6 December 2020

Raihan Jalaludin Top 10 HIP-FINCO Outstanding Teacher 2020


Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Illahi atas kemenangan ini. Dalam tahun yang mencabar dengan keadaan dunia yang dilanda wabak Covid19... sekali lagi Allah berikan rezeki untuk saya. Syukur saya terpilih sebagai Top 10 dalam pertandingan HIP-FINCO Outstanding Teacher 2020. Ramai lagi yang hebat cuma ini rezeki saya. Alhamdulillah...


Dimaklumkan hampir 400 penyertaan dari seluruh negara. Rasa sangat bertuah kerana terpilih menjadi salah seorang daripada Top 10 HIP-FINCO Outstanding Teacher 2020. Oh ya... Pertandingan ni dibuka pada bulan Oktober lalu, tapi cikgu perlu menghantar laporan & evidens PdP yang telah dijalankan sepanjang PKP bermula Mac lalu... 








Mungkin ada yang tak tahu tentang pertandingan ini. Pertandingan ni hanya terbuka untuk guru-guru Bahasa Inggeris Sekolah Rendah di seluruh negara. Pertandingan ini adalah merupakan Pertandingan peringkat kebangsaan di bawah Highly Immersive Programme (HIP) oleh English Language Teaching Centre (ELTC), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) & rakan gerak jangkau Financial Industry Collective Outreach (FINCO). Sebenarnya pertandingan ni terbuka untuk guru BI dan juga murid-murid. 


Ada 3 kategori yang dipertandingkan. Alhamdulillah... Saya berjaya menjadi Top 10 untuk kategori LESSON CONDUCTED USING LOW TO NO TECHNOLOGY AWARD. Pemenang tempat pertama & kedua sahaja yang akan menerima hadiah dan yang lain akan terima sijil peringkat kebangsaan. Alhamdulillah, walaupun sekadar sijil, memang sudah amat bermakna buat saya. Ia dah cukup menjadi pembakar semangat untuk saya terus berusaha... InsyaAllah... 



Namun, bukanlah anugerah yang saya kejar, seronok sebenarnya bila anak-anak ni mahu belajar & dapat apa yang mereka belajarkan. Anugerah yang saya terima, saya anggap sebagai bonus sahaja. Tidak lebih dari itu. Semua dari Allah... Kalau Allah tak izinkan, saya tak akan capai semua ni. Allahuakbar! 














SPECIAL SHOUT OUT!


Saya ambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong kerja buat saya, yang selalu beri semangat & kata-kata positif untuk saya. Terima kasih juga buat pihak penganjur, English Language Teaching Centre (ELTC), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) & Financial Industry Collective Outreach (FINCO) atas peluang yang diberikan. 


Tidak lupa juga kepada  ibubapa dan murid-murid 1 Rusyd, 1 Sina dan 4 Sina atas segala kesungguhan & kerjasama yang diberikan sepanjang PdP secara jarak jauh dilaksanakan bermula Mac hinggalah sekarang ni... PdPR. Kemenangan ini bukan untuk saya seorang, tapi untuk mereka juga... 


Kalau mak ayah saya masih ada, pastinya merekalah orang yang paling bangga dengan kejayaan saya. Ini merupakan Award kedua saya terima untuk tahun ini... Sebelum ni saya terima Anugerah Hari Guru Peringkat Negeri Perak... Kategori PdP Kereatif dan Inovatif Guru Semasa PKP... Baca entry saya tentang RAIHAN JALALUDIN DAPAT ANUGERAH HARI GURU 


Syukur Alhamdulillah... 😇


Nota kaki : Amalan yang paling dicintai Allah adalah amalan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit.

2 comments: