Cara Paling Mudah Bina Kuiz Google Form - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday, 19 January 2021

Cara Paling Mudah Bina Kuiz Google Form


Assalamualaikum semua...


Hai gais! Apa khabar? Saya harap semua sihat ye... PdPR akan bermula esok di seluruh negara... InsyaAllah... Semua cikgu mesti tengah sibuk menyediakan bahan-bahan PdP untuk murid kan? Hari ni saya nak share satu lagi kaedah paling mudah untuk menyediakan latihan menggunakan Google Form. Dalam masa 10-15 minit boleh siap satu set latihan! Best kan! Hehe... 


Bagi saya cara ni antara yang paling mudah nak dibuat. Boleh la nak guna sekali sekala... Bukan malas tapi work smart! Hahaha... Ilmu ni cikgu-cikgu kena tahu sebab ianya mudah dan praktikal untuk dibuat... Daripada guna soalan orang lain, lebih baik kita cipta soalan sendiri untuk murid kita dengan menggunakan kaedah yang mudah-mudah macam ni... Boleh jer nak guna soalan orang lain tapi nanti susah kita nak dapatkan datanya... Lainlah kalau memang satu sekolah. Bolehlah PM tepi mintak data... Hehe...


CARA PALING MUDAH BUAT KUIZ GOOGLE FORM


1) Snap gambar mukasurat latihan/teks/nota yang dikehendaki. 


2) Transfer gambar masuk laptop kalau korang nak buat Form guna laptop... Nak buat kat phone pun boleh. Buka link http://forms.google.com kat phone, boleh start bina soalan kuiz, masuk gambar yang dah di snap... Atau pun kalau rasa susah nak edit dengan phone, lepas korang dah masukkan gambar melalui telefon, buka laptop, pegi ke Google Drive, cari balik Form yang korang bina tadi... (Make sure akaun Google kat phone mesti sama dengan akaun Google kat laptop ye... Kalau tidak, korang cari sampai kiamat pun takkan jumpa Form tu... Hahaha...)


2) Buat ruangan jawapan untuk murid menjawab soalan. Terpulang nak buat short answer ke, MCQ ke atau True/False ke... Mana-mana pun boleh...


Kiri : Saya sedia ruang jawapan je. Kanan: Saya cuma masukkan gambar teks, tapi soalannya saya taip sendiri. Klik pada gambar untuk besarkan paparan... :)


3) Masukkan Answer Key dan Points. Yang ini, kalau cikgu belum mahir, boleh rujuk kat post saya https://www.raihanjalaludin.com/2019/10/cara-membina-kuiz-dengan-setting-auto.html


Okay, dah siap!~


Bila dah siap, bolehlah kongsikan link dengan murid. See! Mudah je kan! Jom buat kuiz Google Form banyak-banyak... Musim Covid19 ni, latihan online memang sangat berguna... Okay semua, take care ya... Semoga PdPR kita semua berjalan lancar seperti yang dirancang... InsyaAllah... Doa yang baik-baik, Allah beri yang baik-baik... Bye!~


Nota kaki : Buat tanpa tapi, lakukan tanpa nanti.

No comments:

Post a comment