Petua Menyediakan PDPR Yang Menyeronokkan - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday 19 January 2021

Petua Menyediakan PDPR Yang Menyeronokkan

 

Assalamualaikum...


Memandangkan dah beberapa kali kita mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah, since PKP bulan Mac tahun 2020 lagi, saya merasakan PDPR kali ini sepatutnya akan maintain macam sebelum ni atau lebih baik dan terancang berbanding sebelum-sebelum ini... Yelah, dah ada pengalaman kan... Murid dan guru semua dah merasa macam mana belajar dan mengajar dari rumah... Ibubapa juga tidak kurang, merasa juga... Macam mana nak handle PDPR anak-anak, nak jadi pemudahcara, nak bantu menerangkan... It's not easy, tapi kita dah berjaya lalui... Alhamdulillah! Haa tepuk! 😂


Kebetulan hari ni pegawai SISC+ PPD Kinta Utara kongsikan bahan ini dengan saya. Saya merasakan bahan ni sangat-sangat membantu untuk guru-guru menyediakan modul dan sesi PdPR yang menyeronokkan... Bukan mudah tapi tak mustahil. Saya pun risau juga ni, sebab saya berada di sekolah baru, tak tau lagi respon murid/ibubapa macam mana... Maklumlah kenal pun tidak, tak pernah bersua... Huhu... Harap semuanya ok... Hari ni memang sakit kepala juga memikir kaedah terbaik untuk dapatkan engagement murid dengan lesson saya... Bila dapat nota ni, memang bersyukur sangat lah... Syabas diucapkan kepada Sektor Pembelajaran PPD Kinta Utara atas inisiatif menyediakan bimbingan penyediaan modul PdPR ini... Sangat membantu!



Okay, bagi yang berminat nak membaca nota, silakan download ya... Nota dalam bentuk PDF ada lebih kurang 60 mukasurat. Nota termasuk pengenalan asas PdPR, petua menyediakan PdPR yang menyeronokkan, contoh-contoh PdPR berkesan dll. Saya boleh kata, tak rugi membaca... Ada banyak idea yang dikongsikan... Cikgu-cikgu boleh rancang PdPR dengan menggunakan idea-idea yang diberikan tu... 



DOWNLOAD NOTA BIMBINGAN PENYEDIAAN MODUL PDPR


Selain itu, kalau ada yang berminat nak dapatkan modul-modul contoh, boleh dapatkan dari link ini ya... Ada 3 Vol kesemuanya... Saya punya modul pun ada terselit sekali, dalam modul 3... Alhamdulillah... 😁


KOMPILASI MODUL PDPR DAERAH KINTA UTARA


Okay semua... Selamat menjalankan PdPR! Jaga diri tau... Nampaknya dah bertambah lagi negeri-negeri yang akan PKP mulai Jumaat ni... Saya doakan kita semua terlindung dari wabak Covid19 dan sentiasa dalam rahmat serta kasih sayang Allah SWT. Stay safe, everyone! 💛


Nota kaki : Mengetahui isi hati seseorang adalah hal yang tak mungkin. Tetapi isi hati akan tergambar dengan sikap dan kata-kata.

1 comment: