Timer dan Camera Tracking Untuk Google Form - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 10 January 2021

Timer dan Camera Tracking Untuk Google Form



Assalamualaikum semua...


Saya doakan pembaca blog saya sentiasa dalam kesihatan yang baik, dilapangkan rezeki dan sukses selalu... Aamiin... Terima kasih kerana masih lagi mengikuti tulisan saya... Alhamdulillah, ni dah masuk tahun ke-7 saya ber blog. Doakan agar Allah izikan saya untuk terus istiqamah menulis & berkongsi ilmu ya... Aamiin...


Lama saya tak menulis... Ada banyak sebenarnya yang nak dikongsikan cuma ada sedikit kekangan masa. Agak sibuk di permulaan tahun baru ni. Hari ni saya nak kongsikan satu extension dalam Google Form yang bagi saya agak bagus juga untuk kita sebagai guru untuk ambil maklum... Biasalah, dunia pendidikan ni tak lari dengan ujian, peperiksaan, quiz dsb... Jadi ini adalah salah satu benda yang kita boleh buat dengan murid-murid. Mana lah tahu, one day cikgu-cikgu nak jalankan test untuk murid, bolehlah gunakan fungsi timer ni jika mahu.


Apa yang MENARIK tentang aplikasi Quilgo?


✅Murid menjawab dalam tempoh masa yang ditentukan. Kalau lambat, automatik screen akan jadi putih... Ala-ala exam online gituhh... Hihi... (Boleh rujuk paparan di bawah)


✅ Murid akan lebih serius menjawab, maklumlah ada timer kan... 


✅ Sesuai kalau cikgu-cikgu nak test kemahiran & kefahaman murid.


✅ Untuk akaun pendidikan... Education katanya... Hihi... So, gunalah akaun MOE-DL atau mana-mana akaun pendidikan yang korang ada kalau teringin nak try apps Quilgo ni...


✅ Untuk murid menjawab quiz, mereka boleh guna akaun gmail biasa atau akaun pendidikan MOE-DL. 


✅ Boleh buat personal link untuk murid. Maksudnya semua murid akan dapat link exam yang berbeza. Nak bagi link yang sama pun boleh jer... Takde masalah.


✅ Extension ni Free jer... Cuma kalau nak fungsi yang lebih baik untuk menjalankan exam, better beli la extension ni untuk fungsi premium... Memang agak superb. Saya baca review dari IT expert pun, ramai yang mencadangkan extension ni...


Apa yang KURANG MENARIK tentang aplikasi Quilgo?


✅ Fungsi premium memang terbaik. Tapi ada charge dikenakan... Untuk fungsi premium, bukan setakat timer je, boleh minta murid ON camera dan cikgu-cikgu pantau. Camera tracking! Kot la dorang ni bagi mak ayah tolong jawab ke, meniru buku ke... Sah sah kantoi... Sebab camera ON. Cikgu boleh tengok mereka semasa mereka menjawab exam. Siapa yang pernah ambik exam untuk Google Certified Educator tau lah macam mana... Hehe...


✅ Agak complicated nak memulakan... Haha... So, korang janganlah tanya saya banyak-banyak ye... Explore sendiri hokay! Saya pun explore gitu-gitu je haritu... Tak sempat nak beriya sebab dapat ilmu ni sekolah pun dah nak tutup... Tak dan nak try dengan murid. 


✅ Bukan semua jenis soalan kat Google Form tu boleh digunakan... Untuk Multiple Choice Question (MCQ) memang ok sangat... Markah akan tally... Tapi saya cuba guna Multiple Choice Grid, markah tak keluar seperti yang sepatutnya... So, kalau korang nak buat test, make sure buat soalan MCQ. Soalan bentuk lain short answer, paragraph apa semua tu saya tak test... Jadi tak taulah macam mana keadaannya... 


✅ Ada limit. Untuk Free account, sebulan boleh jalankan 100 kuiz je which means 100 orang je boleh jawab soalan kuiz. Kalau students dalam 50 orang, boleh la buat 2 sesi ujian sebulan... Macam tulah lebih kurang... 


Boleh tengok sendiri ni... Saya screenshot dari laman web Quilgo.


Boleh tengok harga... Kalau nak guna timer jer, memang FREE...



Pakej Premium boleh buat Camera Tracking... Terbaik!~


Cara Menggunakan Quilgo


1) Pergi ke laman web quilgo.com


2) Klik SIGN IN WITH GOOGLE. Masukkan akaun MOE-DL ye... 

(Akaun Gmail biasa boleh juga kalau nak daftar, cuma nanti nak link dengan Form, tak boleh.)



3) Copy TOKEN yang diberikan. 



4) Buka tab lain... Pergi ke Google Form


5) Kat Google Form... Pergi ke Setting... Klik Add-Ons



6) Taip QUILGO pada ruangan carian. Install.


7) Klik pada icon puzzle (Add-Ons), Klik CONFIGURE



8) Masukkan TOKEN yang dah di copy tadi... (Rujuk Step 3)



9) Klik ENABLE QUILGO FOR THIS FORM


10) Pastikan setting Google Form dalam mode QUIZ.


11) Boleh mula membina soalan... Saya cadangkan buat soalan Multiple Choice Question (MCQ). Jangan lupa setkan jawapan.


12) Pastikan SUBMISSION ID tidak di DELETE! Yang ni penting... Sebab setiap murid akan ada ID sendiri untuk Quilgo ni... Kena pesan dengan murid untuk tidak mengubah ID ni... 



13) Bila semua dah siap... Pergi balik kat laman web Quilgo tu. Klik PUBLIC FORM LINK untuk mendapatkan link yang nak diedarkan kepada murid... Sebab tu saya rasa macam agak complicated, sebab kita kena guna dua-dua, Google Form dan laman Quilgo dalam masa yang sama. Link untuk sharing kena ambil dari laman Quilgo... supaya data dapat masuk ke apps Quilgo tu.. Dari sudut positifnya, apps ni memang bagus... So, layan je lah... Haha...








14) Edarkan link kepada murid-murid. 


15) Setelah murid menjawab, keputusan mereka akan masuk kat QUILGO dan kat Form pun ada... Boleh check dedua... Kita boleh tengok sekali berapa masa yang diambil untuk murid jawab quiz tu... skor mereka dan masa mereka mula/habis menjawab.



Okay, boleh tengok... Ni paparan pada skrin murid-murid...


Once murid klik OPEN THE FORM, masa pun berjalan... 



Ini untuk fungsi PREMIUM ya... 


ID murid memang automatik dah siap diisi... Kena pesan dengan murid supaya tak ubah ID tu.






Ni kalau masa dah nak tamat... Hihi...


Okay gais. Semoga bermanfaat... Kongsi ilmu ni dengan rakan-rakan yang lain ya... 


Satu saya nak pesan, segala tutorial yang berkaitan teknologi dalam blog ni adalah berdasarkan yang terkini. Tapi... segala apps dan teknologi ni cepat berubah... Jadi, kalau one day nanti korang tengok ada perbezaan, faham-fahamlah... Teknologi berubah setiap masa. Setiap kali baca post saya, lihat tarikh saya menulis ya... Hehe... Okay... semua. Take care! Jaga diri, jaga keluarga... Babai... 


Nota kaki : Kedewasaan bukan dilihat dari usia, tapi dilihat dari sikap, tindakan dan tingkah laku. 

No comments:

Post a Comment