Contoh Aktiviti PdPR Menggunakan Voice Chat Telegram - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday, 9 February 2021

Contoh Aktiviti PdPR Menggunakan Voice Chat Telegram

 

Assalamualaikum gais...


Okay, baru-baru ni seorang rakan saya, Cikgu Azhar, telah berkongsi tentang fungsi baharu yang terdapat dalam aplikasi Telegram iaitu fungsi Voice Chat. Jangan keliru ya, fungsi Voice Chat ni tak sama macam Voice message yang kita biasa send dalam group tu. Saya dah cuba dengan beberapa orang rakan saya dan memang saya rasakan ianya suatu yang bagus dan boleh dipraktikkan oleh guru-guru lain yang menggunakan medium Telegram untuk sesi PdPR. I'm super duper excited bila dapat explore benda ni. Serius! 😆


Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi bersama-sama untuk bereksplorasi menggunakan fungsi baru Voice Chat Telegram ni... Thank you, Cikgu Mohd. Kamal Iskandar B. Mohd. Shafri, Cikgu Amir B. Othman, Cikgu Khairil Firmansyah B. Anuar, Cikgu Mohd. Ariff B. Badarudin dan Cikgu Nur Aishah Bt. Hamdan. Terima kasih untuk masa yang diluangkan, perbincangan dan buah fikiran... Thank you jugak buat Cikgu Azhar, orang pertama yang kongsikan ilmu ini kepada saya...  Yay!~ 😁


Sebelum kita tengok apa aktiviti yang boleh dijalankan menggunakan fungsi Voice Chat Telegram ni, lebih baik kita lihat dulu kelebihan dan kekurangannya. Bila dah tau kelebihan dan kekurangan, senang kita nak rancang aktiviti yang sesuai, tak gitu? Hehe... 


Apa Yang Menarik Tentang Fungsi Voice Chat Telegram?


✅ Fungsi Voice Chat ni macam sesi LIVE yang dibuat bersama-sama dengan ahli dalam group Telegram. Jadi, bila sesi bermula, cikgu boleh detect murid mana yang join dan siapa yang tak join kelas. Secara tak langsung, boleh ambil kehadiran sekali. Ada 3 status dalam Voice Chat; invited (murid dijemput untuk sesi voice chat tapi murid tu tak join), listening (murid masuk dan mendengar), speaking (murid sedang bercakap).


✅Andaikata admin terkeluar dari sesi Voice Chat, murid masih ada dalam sesi tu. Kadang-kadang internet tak stabil, jadi bila internet tersambung semula je, terus admin akan berada balik dalam Voice Chat tu. 


✅ Boleh overlay screen, jadi sementara tengah dalam sesi Voice Chat, kita masih bebas buka aplikasi lain... Nak balas Whatsapp ke, nak Google maklumat ke, boleh!


✅ Bila ada fungsi overlay screen, cikgu boleh masukkan soalan/nota dalam group, jadi sementara murid dalam sesi voice chat, mereka masih boleh melihat nota/latihan yang diberikan. So, boleh la buat perbincangan ke apa ke... 


✅ Again, dengan adanya fungsi overlay screen ni, andaikata cikgu masukkan latihan dalam bentuk gambar dalam group, murid boleh buka gambar tersebut, bincang dalam Voice Chat dan terus menjawab menggunakan fungsi pen/text. So, maksudnya kat sini, aktiviti menggunakan Voice Chat ni bukanlah terhad kepada perbincangan verbal sahaja, malah murid boleh menjawab soalan juga semasa sesi Voice Chat berlangsung.


✅ Mic ada 3 fungsi; MUTE (senyap), PTT (Push-To-Talk - tekan butang mic lama-lama untuk cakap, bila lepaskan butang, automatic mute), ON mic sepanjang masa. 


✅ Hanya admin boleh mulakan Voice Chat. So, kalau ada intention nak bagi murid buat discussion, mungkin boleh lantik few students as group leader, bagi group leader ni akses admin untuk mereka mulakan discussion dengan ahli kumpulan mereka jika perlu.


✅ Boleh invite certain people untuk join Voice Chat, tak semestinya semua ahli dalam group perlu di invite. Tapi bagi mereka yang memang dah tersedia online, mereka boleh klik butang join tanpa perlu dijemput.


✅ Speaker ada 2 mode; LOUD SPEAKER atau boleh jadikan ia macam speaker biasa, nak dengar kena letak kat telinga.. Hehe... Boleh guna earphone jugak, takde masalah...


Apa Yang Kurang Menarik Tentang Fungsi Voice Chat di Telegram?


✅ Admin lain boleh end conversation. Walaupun admin A yang mulakan Voice Chat tapi admin B boleh End kan. Huhu...


✅ Bila dah start Voice Chat, sesiapa dalam group tu boleh join. So, dengan kata lain, kena redha je lah kalau sesi tu ada yang tak berkenaan join sekali... Hehehe...


✅ Susah sikit nak conduct untuk murid sekolah rendah since most of them masih bergantung kepada telefon mak ayah... Murid sekolah menengah mostly ada phone sendiri, so, no issue. Untuk sekolah rendah, mungkin kena deal masa betul-betul, maklumkan pada parents waktu sekian-sekian untuk menjalankan sesi Voice Chat tu supaya anak murid dapat join...


✅ Tak nampak muka murid. Bab ni depends sebenarnya... Pada saya okay je tak nampak muka pun... Dapat dengar murid respon dengan suara pun dah ok dah. Tapi ada guru yang memang nak tengok anak murid dia, nakkan eye contact dan sebagainya. Yang ni bergantung kepada individu. Hehe...


Semua pendapat ni adalah berdasarkan tarikh post ini ditulis... Saya menjangkakan Telegram akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa, so, kita just nantikan jer... 


Contoh Aktiviti Menggunakan Voice Chat


1) Perbincangan 

Guru berikan tajuk, kemudian mulakan perbincangan secara verbal menggunakan Voice Chat. Nota dan point boleh dicatatkan dalam group, since boleh overlay screen... Buka je group, taip macam biasa...


2) Membaca Nota / Teks 

Minta murid baca buku teks/nota yang diberikan. Boleh rotate, mula murid A baca, lepas tu murid B, murid C dll.


3) Aktiviti speaking / lisan

Bercerita, bercakap tentang sesuatu tajuk, dll aktiviti yang difikirkan sesuai.


4) Menjawab soalan

Guru masukkan soalan dalam group, kemudian buat perbincangan bersama murid secara Voice Chat. 


5) Pembentangan

Murid masukkan bahan / hasil kerja dalam kumpulan. Kemudian, murid membentangkannya kepada rakan-rakan menerusi Voice Chat. 


6) Membaca sifir atau aktiviti congak

Mungkin boleh tetapkan masa yang pendek untuk aktiviti congak untuk mengelakkan murid mengira menggunakan kalkulator. Hehe... 


7) Penerangan tentang tugasan

Mungkin cikgu dah sediakan modul, tapi nak explain kepada murid tentang tugasan dalam modul tu. Bolehlah guna kaedah ni...


8) Taklimat Ringkas

Oh ya, fungsi Voice Chat ni bukan untuk guru-murid jer... Nak guna dikalangan guru-guru pun ok je... Memanglah tak nampak muka, tapi at least kita nampak, siapa yang join siapa yang tidak... Kalau ada taklimat ringkas, macam ok jugak kot kalau pakai fungsi ni... Cuma kalau boleh buatlah secara terancang, macam Google Meet jugak... beritahu awal... Ni untuk memastikan rakan guru bersedia untuk mengikuti perbincang... 


Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini... Bagi yang belum tahu cara nak menggunakan fungsi Voice Chat, bolehlah membaca langkah-langkah untuk memulakan sesi Voice Chat.


Cara Menggunakan Voice Chat Telegram


 Boleh tengok contoh macam mana rakan saya, Cikgu Azhar conduct kelas menggunakan Voice Chat di Telegram. https://cikguazhar.com/pdpr-menerusi-ciri-voice-chat-telegram/


Nota kaki: Biar gagal atas usaha sendiri dari lulus cemerlang daripada hasil meniru.

No comments:

Post a comment