Cara Menggunakan Voice Chat Telegram Untuk PdPR - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday 9 February 2021

Cara Menggunakan Voice Chat Telegram Untuk PdPR



Halluuuu...


Assalamualaikum... Okay gais,  hari ni saya nak share step-by-step macam mana nak mula menggunakan fungsi baru dalam Telegram iaitu Voice Chat. Fungsi ni memang agak menarik untuk digunakan terutamanya dalam keadaan sekarang ni untuk kita menjalankan PdPR atau meeting atau taklimat atas talian... Oleh kerana fungsinya macam 'hidden' sikit, tak berapa nampak dalam Telegram melainkan kita explore mencari... Saya sediakan steps supaya rakan-rakan guru jelas dan nampak bagaimana cara nak memulakan sesi Voice Chat. 


Cara Menggunakan Voice Chat di Telegram


1) Pastikan Telegram anda telah dikemaskini (up-to-date).


2) Pastikan anda adalah admin dalam group. Kalau group tu anak murid yang setup, minta dia berikan akses admin kepada anda.


3) Pastikan tetapan admin bukan Anonymous. Rujuk gambar..

(Pergi kat Edit - Administators - Klik pada nama anda - Off kan butang Remain Anonymous)



4) Okay, untuk pengguna Iphone, masuk group, kemudian, klik pada tajuk group atau icon group, kemudian klik butang MORE (yang tiga titik tu) 

Untuk Android rasanya tiga titik (MORE) tu memang boleh nampak terus dari dalam group tu, lihat pada penjuru kanan. 


5) Start Voice Chat




6) Invite siapa yang nak di invite... Atau murid yang memang sedang online akan dapat notifikasi untuk mereka join. So, mereka boleh join terus dengan klik butang tu.




Ni notikasi pada telefon murid...



Notifikasi dalam group... Macam ni... Murid perlu klik JOIN... 


7) Boleh mula sesi Voice Chat.


Lihat Contoh Aktiviti PdPR Menggunakan Voice Chat Telegram


Okay macam mana? Mudah je kan? Haa apa lagi, cikgu-cikgu bolehlah gunakan ni untuk mempelbagaikan kaedah PdPR. Very simple! Hehe... Kredit kepada Cikgu Azhar atas perkongsian ilmu ini... Memang awesome!  https://cikguazhar.com/pdpr-menerusi-ciri-voice-chat-telegram/


Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan yang sudi explore bersama-sama dengan saya tentang fungsi baru Voice Chat Telegram ni... Thank you, Cikgu Mohd. Kamal Iskandar B. Mohd. Shafri, Cikgu Amir B. Othman, Cikgu Khairil Firmansyah B. Anuar, Cikgu Mohd. Ariff B. Badarudin dan Cikgu Nur Aishah Bt. Hamdan.  Thank you so much, Cikgu Azhar atas perkongsian ilmu! 👍


Nota kaki : Don't be afraid to give up the good for the great!

1 comment: