Kelebihan Whatsapp Business Untuk Guru - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 6 February 2021

Kelebihan Whatsapp Business Untuk Guru



Assalamualaikum gais!

Lama saya tak scroll post di Facebook, memang agak sibuk lately... Selalu saya masuk FB untuk share bahan dan balas komen kat post sendiri jer. Tak sempat sangat nak scroll melihat post rakan-rakan yang lain... Maaf ye. Harap takde yang berkecil hati saya dah lama tak menyinggah mengomen/like status/gambar yang dikongsikan... Huhu... 



Tadi kebetulan saya terpandang post seorang rakan saya, Aidaliza, yang berkongsi tentang Whatsapp Business. Agak menarik perkongsian beliau sehinggakan saya rasa saya patut mencuba... Tapi memandangkan saya takde masa lagi nak try, saya minta izin darinya untuk saya kongsikan post asalnya dalam blog ini. Sebut nama Aidaliza ni, mesti ramai yang kenal... Guru yang berketrampilan dalam ICT. Banyak ilmu yang dikongsikan tau... Salah seorang rakan Google Trainer yang aktif membuat perkongsian tentang teknologi... Alhamdulillah. Haa... Yang nak mencuba, boleh la cuba ya Whatsapp Business ni... Saya pun baru tau ni... Hihi... 😁


Antara yang saya rasa menarik adalah:-

💚 PERCUMA (Setakat hari ni ya)

💜 Boleh set Away Message. (Auto reply message)

💙 Fungsi katalog.

💗 Boleh guna nombor telefon rumah.


Berikut adalah perkongsian Cikgu Aidaliza di Facebook peribadi beliau pagi tadi... 


"Sila lah beralih ke Whatsapp Business (walaupun anda takde business)
Yg pertama - ianya PERCUMA (setakat posting ini dibuat)
Kedua, boleh set away messages - contoh mcm hari ni saya nak pergi CEFR test, saya set
away message je so sapa mesej di waktu yg saya dh set away, automatik dpt response dari
Away Message (tengok screenshot). Tak yah penat² explain kan “awat hang x jawab msg”,
“hang p mana wei” dan sebagainya.. Kan? Hehe
Ketiga, boleh set catalog - hampa penyelaras GC? Guru kelas? Selalu kena ulang bg
contoh? Setkan aje maklumat² tu dalam catalog. Contohnya borang kehadiran PdPR, set
sbg 1 katalog. Masukkan gmbr, letak link, etc etc.
Selalu dpt soalan cmni kan? Cikgu, apa link nak isi borang sekian²? Cikgu, kat mana saya
nk tgk video tutorial? Haaa longgok je semua dalam catalog.
Lain² sila explore sendiri ya. Pandai² lah manipulate fungsi yg tersedia, mengikut
keperluan masing².
Saya pakai no personal (016) kat Whatsapp biasa dan nombor rasmi (011) kat Whatsapp
Business. So dua² Whatsapp duk dalam 1 phone. Mudah
Lagi satu, Whatsapp Business ni nak pakai no telefon rumah/pejabat pun boleh. So kalau
hampa malaih nak orang tau nombor fon hampa, set up la Whatsapp Business guna no fon
rumah/pejabat yg 03 bla bla bla tu
Tak payah tnggu ada business baru nk guna Whatsapp Business."


Caranya:-

1) Perlu download aplikasi Whatsapp Business dari Google play store / Appstore

2) Ikutlah setting seperti yang Cikgu Aidaliza kongsikan ni... Ni screenshot asal yang dikongsikan olehnya...




Yang ni yang best, boleh set auto reply... Hehe...




Terima kasih di atas perkongsian ini, Cikgu Aidaliza. Saya doakan agar beliau dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat serta kasih sayang Allah SWT... Ohh ya sebelum saya terlupa, Cikgu Aidaliza ada Group Facebook tentang parenting & education... Bagi yang berminat nak mengikuti perkongsian beliau, bolehlah masuk ke Teacher Ailisa's Educational & Parenting Group. Okay gais... Take care! Babai...


Nota kaki : Jangan menyesali jika tak pernah menghargai, jangan membenci jika tak pernah memahami dan jangan menghakimi jika tak pernah mengalami sendiri.

No comments:

Post a Comment