Cara Buat 1 Link Google Meet Untuk 1 Kelas & Link Yang Sama Boleh digunakan Sepanjang Tahun - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday 5 February 2021

Cara Buat 1 Link Google Meet Untuk 1 Kelas & Link Yang Sama Boleh digunakan Sepanjang Tahun



Assalamualaikum... 


Hai semua! Apa khabar? Okay hari ni saya nak kongsikan perkongsian salah seorang rakan saya, Cikgu Mohammad Yassir Bin Hamidun tentang bagaimana cara buat Kelas Google Meet dgn guna hanya 1 link utk 1 kelas dan link yg sama boleh digunakan sepanjang tahun. Sekarang ni setiap kali kita nak buat kelas, kita akan create satu link kan... Haa ni ada cara macam mana nak guna link sama jer... Berikut adalah tulisan Cikgu Yassir di laman Facebook nya yang kini telah mencecah ribuan shares.



Cara buat Kelas Google Meet dgn guna hanya 1 link utk 1 kelas dan link yg sama boleh digunakan sepanjang tahun.


Peralatan/perisian yg diperlukan:

1. Komputer riba/pc

2. Talian internet

3. Aplikasi Google Calendar (buka dari chrome browser).

4. Pelajar dan guru wajib guna ID MOE (bg memudahkan pelajar dan guru keluar masuk link Google Meet tanpa guru perlu tekan admit)


Langkah-langkah adalah seperti berikut:


1. Buka chrome browser.

2. Taip calendar.google.com pada url address.

3. Pastikan akaun google calendar yg dibuka ialah akaun ID MOE xxxxx@moe-dl.edu.my (semak pada penjuru atas kanan di bawah url address bar)

4. Buat new event dan pilih tarikh mula hingga tarikh akhir yg dikehendaki. Buat selama 1 tahun atau hingga hujung tempoh persekolahan. Tak perlu ikut cuti penggal.

5. Lepas tu, pilih add video conferencing bagi mencipta link google meet.

6. Klik 'save'.

7. Selesai.

8. Boleh copy paste link google meet dan edarkan.


Situasi-situasi yg boleh digunakan:


1. Buat 1 link Google Meet yg mewakili kelas. Guru dan pelajar boleh masuk kelas dengan guna link yg sama sepanjang tahun. Tak perlu guru subjek buat berasingan. Guru subjek yg nak ajar boleh masuk ikut jadual. Jadi kalau satu sekolah ada 40 kelas, buat 40 link google meet sahaja ikut cara di atas. Mudah diurus dan boleh bagi link siap-siap kepada warga sekolah.

2. Mesyuarat guru/panitia boleh guna 1 link je sepanjang tahun. Hanya beri tarikh sahaja pada ahli mesyuarat dan masuk google meet yg sama bila sampai tarikh yg ditetapkan.

3. Lain-lain perjumpaan berkala yg dijalankan secara dalam talian.
*Kiranya cara ini seolah-olah kita membuat 'bilik maya' yg kekal digunakan sepanjang tahun mengikut tempoh yg ditetapkan dalam Google Calendar.


Nota:


1. Sekiranya ada murid atau guru lain yg aktifkan fungsi record dalam Google Meet, rakaman tersebut akan masuk ke pencipta Google Meet tersebut dalam folder 'meet recordings'.

2. Murid atau guru yg guna ID MOE boleh sahaja masuk dalam Google meet tanpa pembuat link perlu menekan 'admit'. Sekiranya perlu tunggu utk masuk, mungkin ID yg digunakan bukan ID MOE. 'Switch account' kepada ID MOE baru boleh masuk tanpa tunggu pencipta google meet utk tekan admit.


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bolehlah nak try nanti ni... Thank you Yassir share ilmu. Jangan lupa titipkan doa untuk yang berkongsi ilmu ni ya... Semoga Cikgu Yassir sentiasa sihat dan berada dalam rahmat Allah SWT. Aamiin... 


Nota kaki : Kalimat yang baik adalah sedekah.

No comments:

Post a Comment