Cara Menukar Nota Kepada Lembaran Isi Tempat Kosong Dengan Cepat & Mudah - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 4 April 2021

Cara Menukar Nota Kepada Lembaran Isi Tempat Kosong Dengan Cepat & Mudah


Assalamualaikum semua... 


First post untuk bulan April! Yay!~ Alhamdulillah, rasa sangat bersyukur kerana Allah masih izinkan saya untuk berkongsi ilmu hari ini. Ilmu yang bagi saya sangat mudah untuk rakan-rakan guru gunakan terutama dalam menghasilkan lembaran kerja untuk murid-murid. 


Kali ini saya akan kongsikan cara bagaimana nota cikgu-cikgu dapat ditukarkan menjadi lembaran kerja isi tempat kosong. Memang sangat-sangat mudah... Yang dah biasa ikuti blog saya, pasti kalian tahu cara saya... Saya memang akan cari benda yang mudah-mudah jer untuk kita apply dalam PdP... Yang penting berkesan dan tak membebankan... Impak kepada murid, itu yang kita mahukan... Gituhh! Hehe... Latihan isi tempat kosong juga pada saya bukanlah terhad kepada subjek BM, BI sahaja tetapi untuk subjek-subjek lain seperti Sains, Sejarah, Geografi, Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral dll yang selalunya ada banyak nota. 


Okay, saya terjumpa satu online apps yang membolehkan cikgu-cikgu mengeluarkan perkataan tertentu dari teks, dan sekaligus boleh di generate menjadi lembaran kerja. Hanya dengan klik-klik jer haa... Jom tengok... Akan jadi mudah jika cikgu-cikgu memang dah ada nota/teks ya... 


CARA MENUKAR NOTA KEPADA LEMBARAN ISI TEMPAT KOSONG DENGAN CEPAT & MUDAH (CLOZE TEXT)


1. Pergi ke laman https://www.textcompare.org/cloze-test-maker/


2. Copy teks/nota dan Paste dalam kotak pertama (1).


3. Kemudian, pada kotak kedua (2), klik perkataan-perkataan yang nak dihilangkan. Automatik nombor dan tempat kosong akan disediakan. 


4. Perkataan-perkataan yang dihilangkan terkumpul dalam kotak ketiga (3) KEYWORDS



5. Pilih samada nak sediakan pilihan jawapan atau pun tidak. Kalau nak sertakan jawapan, boleh tandakan pada kotak INCLUDE ANSWERS. Kemudian, jangan lupa klik butang RANDOMIZE pada KEYWORDS.


6. Klik pada butang COPY TO CLIPBOARD & paste di Microsoft Word dalam laptop anda. Kalau nak download pun boleh, tapi lembaran akan menjadi dalam format .txt 


Okay, sekian sahaja perkongsian untuk hari ini... Simple je kan! Hehe... Diharap dengan perkongsian ilmu hari ini dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan guru yang lain. Jangan lupa patuhi SOP. Jaga diri... Doakan yang baik-baik untuk saya ya... Bye, gais... 💗


Nota kaki : Pengetahuan yang baik adalah yang memberi manfaat. Bukan yang hanya diingat. - Imam Al-Syafi'i

2 comments:

  1. salam cikgu... selamat hari raya... cikgu raihan nak tanya la ada tak cara mcm mana nak hilangkan jawapan buku modul yg warna biru tu.. maksud saya buku rujukan yg dia bagi jawapan dlm pdf..

    ReplyDelete
  2. TErima kasih atas ilmu ni cikgu. Saya share ya

    ReplyDelete