Majlis Sekolah Dengan Kaedah Google Meet - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday 13 April 2021

Majlis Sekolah Dengan Kaedah Google Meet



Assalamualaikum semua...


Selamat berpuasa, gais! Minggu lalu, sekolah kami telah mengadakan majlis Jasamu Dikenang untuk Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Mohd. Azharri Bin Othman yang telah dilantik menjadi Guru Besar. Majlis dikendalikan oleh Kelab Balqis (nama kelab guru sekolah saya... Hehe). Memandangkan saya merupakan salah seorang AJK Kelab, maka saya telah diamanahkan untuk mengendalikan sesi Google Meet pada hari tersebut. Ni event pertama kami, team yang dilantik untuk tahun ni...





Majlis Sekolah Dengan Kaedah Google Meet


Mesti tertanya-tanya, macam mana ber Google Meet untuk majlis? Yes, ini merupakan pengalaman pertama saya mengendalikan sesi sebegini. Sungguh... Banyak benda baru yang saya belajar bila berada di sekolah ini. Since sekolah ni memang ada banyak peralatan seperti LCD projector, smartboard, smart tv, Microsoft Surface dll... Rezeki saya lah dapat berekplorasi menggunakan peralatan seperti itu. 


Okay, pada hari kejadian, sebenarnya, murid-murid dah dibahagikan mengikut stesen. Yelah, mana muat dewan nak duduk ramai-ramai dengan jarak semeter-semeter kan... So, murid-murid ni ditempatkan dalam 5-6 bilik khas. Ada bilik yang ada smartboard... Ada yang hanya ada Smart TV jer... Ada rakan-rakan guru yang ditempatkan di setiap station untuk memastikan disiplin murid terkawal dan majlis dapat disempurnakan dengan baik. 



Perjalanan majlis lebih kurang begini... Saya berada di dewan, laptop saya disambungkan ke smart TV di dewan. Tujuannya adalah untuk memaparkan backdrop dan juga sesi Google Meet. Jadi mereka yang di dewan boleh melihat situasi di dalam bilik-bilik khas tu juga... Satu lagi laptop diletakkan di dewan yang sama, digunakan oleh pengacara majlis, guru besar dan Penolong Kanan untuk memberikan ucapan. Guru-guru dalam bilik-bilik khas akan bantu paparkan di skrin smartboard/smart TV dan pin screen semasa ucapan-ucapan disampaikan sepanjang sesi Google Meet. 











Murid & Guru Nampak Keseluruhan Perjalanan Majlis Menerusi Google Meet


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tahniah, cikgu-cikgu SK Sungai Rokam. Hebat!~ Cikgu Elmi Ikhwan membantu membuat rakaman semasa pergerakan yang diraikan ke dewan dan ke bilik-bilik khas menggunakan Microsoft Surface... Jadi, semua murid & guru boleh nampak keseluruhan majlis berlangsung walaupun mereka berada di lokasi yang berbeza. Nampak tak? Itulah objektif sebenar menggunakan Google Meet sebenarnya... Terima kasih Cikgu Elmi, salah seorang orang kuat pada hari tersebut. Bukan mudah nak jadi 'runner' majlis macam tu... Good job, Elmi! 💪💪


Terima kasih kepada ahli-ahli kelab Balqis serta rakan-rakan guru yang bertungkus lumus memastikan program berjalan lancar. Special thanks to Teacher Norhana kerana banyak membantu saya pada hari tersebut. Dia juga orang yang bertanggungjawab memastikan saya makan sebelum majlis bermula... Haha... Siap hantar makanan kat saya... Serius, terharu wehhh... Tak tau nak cakap apa. Semoga urusan teacher Hana dipermudahkan sebagaimana dia memudahkan urusan saya pada hari tersebut. Aamiin... 💖


Kredit untuk gambar-gambar dari lensa kamera Cikgu Ayu, Cikgu Rokiah, Teacher Norhana, Cikgu Sham dan rakan-rakan guru yang lain.  









Mungkin sekolah lain ada kaedah lain... Tapi untuk sekolah saya, ni dah kali kedua majlis dijalankan dengan kaedah Google Meet ni untuk memastikan keterlibatan semua murid & guru. Tiada sesiapa yang left out kat sini... Hehe... Semua terlibat. Dimaklumkan kali pertama mereka menjalankan aktiviti seperti ini semasa sambutan Hari Kemerdekaan tahun lalu. Masa tu saya belum masuk sekolah ni lagi... Kalau ada idea lain, tolong share di ruangan komen ya... Nak belajar juga kaedah-kaedah lain kalau ada...  😁


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Encik Mohd. Azharri Bin Othman. Tahniah di atas perlantikan sebagai Guru Besar. Memang layak sangat... Seorang yang sangat professional & sentiasa positif mencari ruang & peluang untuk memajukan pendidikan. Semoga terus cemerlang di tempat baharu, insyaAllah... Doakan kami juga di sini... 


Nota kaki : Kapal tidak tenggelam disebabkan air di luar. Kapal tenggelam disebabkan air yang masuk ke dalam.

No comments:

Post a Comment