Cara Untuk Memberi Salinan Respon Google Form Kepada Responden - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday 28 April 2021

Cara Untuk Memberi Salinan Respon Google Form Kepada Responden



Salam Ramadhan...




Hai gais! Apa khabar? Saya kurang sihat sikit seminggu dua ni... Ujian di bulan Ramadhan... Dah mula bertugas. Cuma masih on medication. Batu karang ni selagi tak operate, selagi tu lah... nak operate takut la pulak. Dengar nak kena operate, awal-awal kita dah mintak keluar hospital. Memang nervous giler... 😰 

Maka, bertabahlah sehingga ke hari ini... Bertahan... Tapi memang sakit... Yang pernah mengalami, tahulah macam mana... Sakit macam nak beranak... pakej sekali dengan muntah-muntah... Sampai rasa layu... Makan ubat, redalah sekejap... 🤒 Mohon doakan kesihatan saya ya... Kita tak tahu doa siapa yang akan diangkat... Doakan yang baik-baik untuk semua... InsyaAllah... Miracles happen when you believe. 

Okay, hari ni saya nak berkongsi satu lagi ilmu untuk rakan-rakan guru semua iaitu cara untuk memberi salinan respon Google Form kepada responden yang telah mengisi maklumat / menjawab kuiz. Salinan respon ni adalah segala maklumat yang telah dijawab/diisi oleh responden dalam Google Form, akan dihantar ke email mereka. So, maksudnya secara tak langsung dapat mengurangkan isu kata dah jawab soalan tapi tak masuk ke database ke apa ke... Bila ada eviden macam ni, lebih mudah untuk atasi masalah-masalah data tak masuk, ke apa ke kan... Kalau betul data tak masuk, at least ada salinan yang kita boleh isi semula... Salin je... Okay caranya sangat mudah... Boleh ikuti tutorial di bawah ni ya... 


Cara Untuk Memberi Salinan Respon Google Form Kepada Responden 


1. Buka Google Form. Tak kisah Google Form sedia ada atau yang baru...


2. Klik pada butang SETTING.


3. Kemudian lihat pada GENERAL - Tandakan COLLECT EMAIL ADDRESSES


4. Sekiranya memilih IF RESPONDENT REQUESTS IT - Responden boleh memilih samada mahu menerima salinan atau tidak.



5. Sekiranya memilih ALWAYS - Responden akan menerima salinan secara automatik.



6. Responden akan menerima salinan respon mereka dalam email masing-masing. 


Simple je kan? Okay, lepas ni boleh try ya... Untuk menggunakan cara ni, kena pastikan murid-murid ada email masing-masing ya... Take care, semua... Bye!~


Nota kaki: Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

No comments:

Post a Comment