Aplikasi Interaktif Untuk Menggalakkan Penglibatan Murid Semasa PdPR - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 27 June 2021

Aplikasi Interaktif Untuk Menggalakkan Penglibatan Murid Semasa PdPR



Assalamualaikum gais!


Okay hari ni saya nak share satu lagi apps yang bagi saya agak menarik untuk diaplikasikan semasa PdPR ni... Apps ni merupakan aplikasi interaktif dan mudah digunakan oleh kedua-dua pihak guru dan murid. Bayangkan tengah buat presentation, boleh tukar mode untuk poll, quiz, brainstorm dengan murid dan macam-macam lagi... Dan paling best, murid dapat beri respon pada masa tu jugak... Perghhh... Memang awesome! 


Memohon Akaun Fungsi Penuh Secara Percuma Wooclap


✅First of all, untuk mendapatkan fungsi penuh, aplikasi Wooclap memberikannya secara percuma kepada guru-guru sekolah rendah & menengah... Jadi, sebelum mula explore habis-habisan, better korang apply dulu untuk dapatkan unlimited access. Boleh rujuk artikel ini. https://docs.wooclap.com/en/articles/2721084-wooclap-is-free-for-teachers-in-primary-and-secondary-education


✅Wooclap akan hantar notifikasi pada email yang didaftarkan sekiranya anda layak untuk mendapat akaun percuma dengan unlimited access. Rajin-rajin la semak email ya... 😁


Cara Menggunakan Aplikasi Wooclap


1) Pergi ke laman http://www.wooclap.com


2) Klik pada butang My Event 




3) Klik pada butang Add Presentation. Masukkan slides anda... Tak kisah samada Power Point atau Google Slides. Lepas tu boleh setting... Aktifkan butang-butang sepatutnya... Rujuk nombor 4 ya... Dah selesai setting,  klik pada votes, pilih jenis soalan... create soalan.




4) Yang ni penting... Aktifkan butang:-


✅ Participants username - Yang ni untuk pastikan murid-murid boleh masukkan nama mereka tanpa perlu mendaftar akaun. Korang pun boleh detect murid mana yang menjawab dsb.


✅I'm confuse button - Yang ni untuk murid-murid klik untuk beritahu kot ada yang mereka tak faham...


✅ Competition Mode - Untuk score ala-ala pertandingan


✅ Klik pada More Setting... Aktifkan butang:-


✅ Show slides on participants devices asynchronously - Yang ni penting untuk memastikan murid-murid yang tak dapat turut serta dalam kelas 'live'... Mereka masih dapat melihat slide korang... Walaupun kelas dah tamat.


✅ Share this event with another user by giving them the code: xxxxx


✅ Display participant usernames in real-time (only for message wall and open questions) - Yang ni untuk pastikan korang tahu murid mana yang hantar mesej / jawab soalan semasa live/real time. Satu lagi nama memang penting untuk detect dalam data yang dimuat turun dari Export Results to Excel nanti... 


✅Kalau nak guna timer, boleh set masa... Takde timer pun takpe sebab once kita tukar kepada presentation mode, mereka tak nampak soalan dah... 




Cara menggunakan aplikasi Wooclap semasa sesi Real-Time (synchronous) berlangsung:-


1) Buka aplikasi Wooclap. Paparkan slides dalam aplikasi Wooclap... Yes, dalam aplikasi ni korang boleh masukkan slides... tak kisah Google Slides atau Power Point... Kenapa nak masukkan slides dalam Wooclap ni? Sebab mudah korang nak present dan tanya soalan menggunakan aplikasi Wooclap ni... 2in1 dalam satu apps jer...



2) Share kan paparan Slides dalam apps Wooclap tu pada murid-murid. Sementara tengah present, boleh tanya soalan & minta murid jawab terus... Cikgu boleh terus semak & murid dapat jawapan betul/salah instantly!








Rasanya better off kan fungsi Show Slides on Participants Devices in Real-Time. Jadi kat link Wooclap yang korang bagi kat murid tu hanya akan ada soalan jer untuk mereka respon... Untuk Slides, mereka kena tengok kat Google Meet. Dan satu lagi, result dari jawapan yang mereka berikan pun akan terpapar dalam Wooclap guru... So, korang boleh tunjukkan keputusan tu kat dorang melalui paparan di  Google Meet... 


Kalau korang aktifkan fungsi Show Slides on Participants Devices in Real-Time, rasanya semua murid korang akan melekat kat Wooclap jer... Google Meet tu untuk dorang dengar suara korang membebel je la... Hahaha...  Apa pun, terpulang la... Kalau tak nak murid tukar-tukar tab/apps (Google Meet-Wooclap), boleh jer aktifkan fungsi Show Slides tu... So, murid akan kekal kat Wooclap je la... Cuma mereka tak nampak la rumusan dari poll ke soalan ke apa yang mereka jawab tu... Sebab yang tu ada di paparan guru. Mungkin boleh minta mereka 'kembali' ke Google Meet untuk tengok result. Pandai-pandai koranglah... Huhu...


Btw, tak semestinya guna kat Google Meet, guna kat Telegram pun boleh... sekarang kan dah ada fungsi video call/share screen macam Google Meet jugak! Hehe...


Cara menggunakan aplikasi Wooclap semasa sesi pembelajaran yang berlangsung kemudian (asynchronous) / murid jawab dalam fasa sendiri:-


1) Berikan link kepada murid. Link yang sama murid gunakan semasa sesi live... Dalam link tersebut sudah tersedia slide, soalan-soalan yang digunakan semasa sesi live (import je bawak masuk ke Questionnaire), latihan untuk dicetak / dibaca, video ke apa sahaja... 


As simple as that! Mudah sangat... 




Kelebihan Apps Wooclap


✅ Korang boleh switch mode presentation kepada soalan... So, maksudnya korang boleh nilai kefahaman murid sepanjang presentation korang tu tau... Papar 2-3 slides, pastu bagi soalan... Bagi poll ke... Minta mendapat ke... Memang interaktif habis! Caranya dengan memberikan link kepada murid-murid dalam chat box Google Meet. Bila time nak suruh murid jawab soalan, korang minta murid tekan link & jawab... Begitu... Link hanya 1 jer untuk satu sesi tu... No worries... Murid yang tak dapat sertai kelas 'live' korang pun akan guna link yang sama je untuk mereka melihat nota / latihan... 


✅ Bukan sekadar menjawab soalan sahaja, korang boleh buat sesi brainstorming jugak bersama murid sementara tengah present... Guna mode brainstorming, kemudian bila sampai ke slide tertentu, korang klik butang brainstorming tu, minta murid-murid masukkan idea/pendapat mereka... 


✅ Korang explore la semua semua jenis fungsi yang ada dalam Wooclap ni. Memang superb! Serius... Nak rating ke nak buat kuiz, macam-macam boleh tau! Interaktif & boleh membuatkan murid-murid ikuti sesi pengajaran. Selain itu, murid-murid juga boleh menekan butang CONFUSED untuk memberi tahu mereka masih belum faham atau mereka juga boleh menggunakan fungsi message untuk menghantar mesej semasa sesi melalui Wooclap tu... 


✅ Apps ni sesuai untuk synchronous & asynchronous learning... Jadi, takde masalah jika murid tak dapat sertai kelas 'live'. Mereka boleh jawab bila-bila masa dengan menggunakan link yang sama jer... Yang nak ulang belajar pun boleh gunakan link yang sama untuk melihat semula slide & bahan-bahan yang dikongsikan... 


✅ Boleh insert latihan dalam format PDF ke apa ke untuk murid-murid jawab selepas kelas dengan menggunakan fungsi Participant Pace - Questionnaire & Files






✅ Satu link untuk semua! Boleh guna secara real time atau belajar dalam fasa sendiri. Dalam satu link tu juga boleh letak nota, latihan, perbincangan dll... Mudah & praktikal.


✅ Data penglibatan murid beserta jawapan mereka boleh dimuat turun dari Export Results To Excel ya... 


✅ Bukan sahaja boleh digunakan untuk sesi PdP tapi untuk mesyuarat, taklimat & perkongsian ilmu pun boleh guna apps ni... 



 https://app.wooclap.com/HNAMIC ni contoh yang saya try buat.. boleh tengok.. untuk murid yang belajar selepas sesi real-time, mereka akan dapat paparan seperti ini.. 


Berbeza dengan paparan semasa live, paparan akan keluar mengikut apa yang cikgu tentukan.. mungkin lepas slide 1, ada poll ke, lepas slide 3, nak buat brainstorming ke.. cikgu yang control sepenuhnya... 😍


Nak tahu lebih lanjut? Silakan explore lagi dan lagi ya... Hehe... Sekian perkongsian untuk hari ini...Semoga bermanfaat dan dapat sedikit sebanyak membantu untuk mempelbagaikan lagi kaedah PdPR. Jangan lupa doakan saya ya... Saya doakan agar kita semua sentiasa dalam rahmat serta kasih sayang Allah SWT... Jaga diri! Bye!~


Nota kaki : When you judge another, you do not define them... You define yourself!

1 comment: