Cara Memaparkan Slide Show Power Point Semasa Google Meet - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday, 4 June 2021

Cara Memaparkan Slide Show Power Point Semasa Google Meet



Assalamualaikum semua...


Alhamdulillah tamat sudah PKPD di Ipoh ni. Lepas ni sambung PKP pulak... Lebih kurang sama je kan, takpelah... kita doakan yang baik-baik. InsyaAllah... Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah taala. Okay, hari ni saya nak share sesuatu yang mungkin bermanfaat bagi rakan-rakan guru yang biasa menggunakan aplikasi Power Point semasa PdPR menggunakan Google Meet. Ilmu ni dah ramai yang tahu tapi still masih ramai juga yang tak tahu... Jadi, saya kongsikan di sini untuk panduan. Yang dah pandai tu, alhamdulillah... Tahniah!


Ramai yang share screen semasa Google Meet, akan terpapar slide Power Point yang kecil-kecil kat tepi kiri tu skali... Sebab fail yang dibuka bukan dalam bentuk Slide Show... Bila macam ni, slide tu jadi kecil... Susah sikit murid nak nampak. Nak pulak ada tulisan/gambar yang kecil... Haa... lagi haru... Kesian murid-murid yang pakai phone, memang payah nak nampak... So, dengan cara ni harapnya akan membantu murid-murid nampak paparan yang lebih jelas... 


CARA MEMAPARKAN SLIDE SHOW POWER POINT SEMASA GOOGLE MEET


1) Buka fail Power Point yang dikehendaki.


2) Klik pada menu SLIDE SHOW - SET UP SLIDE SHOW - BROWSED BY AN INDIVIDUAL (WINDOW) - Klik OK.





3) Pada Google Meet, klik PRESENT NOW - A WINDOW




4) Yang terakhir, untuk memastikan cikgu nampak kedua-dua skrin Google Meet dan Power Point, boleh cuba kaedah split screen. Kedua-dua skrin cikgu akan aktif... berada sebelah menyebelah seperti gambar di bawah ni... So, sementara buat presentation, cikgu masih boleh melihat reaksi murid-murid dalam Google Meet... Kot ada yang bertanya soalan ke apa ke, cikgu masih boleh nampak paparan Google Meet tersebut. Saya pernah share dah sebelum ni cara nak split screen. Mudah sangat-sangat! Boleh klik link untuk baca post tersebut... 







Baik... dibawah ni saya kongsikan Modul untuk tajuk ini... Modul Tips Teknologi PdPR 3.0, Siri 4 ni merupakan salah satu inisiatif Sektor Pembelajaran, PPD Kinta Utara untuk membantu guru-guru menjalankan PdPR dengan lebih baik. Jika cikgu berminat, silakan klik butang download untuk mendapatkan modul versi PDF... Lepas tu jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan guru yang lain... Mungkin ada dikalangan rakan-rakan guru yang memerlukan Modul ni... Share!



DOWNLOAD MODUL TIPS TEKNOLOGI PDPR 3.0 SIRI 4 - MEMAPARKAN SLIDE SHOW POWER POINT SEMASA GOOGLE MEET





Okay gais... Diharap dengan perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membantu kalian ber PdPR dengan lebih cemerlang lagi... Actually benda ni ilmu yang bukan sahaja berguna untuk PdPR jer, lain kali kalau nak buat mesyuarat, taklimat pun boleh cuba kaedah yang sama... Lebih mudah dan jelas paparan Slide Power Point tu... Okay... Take care, semua! Doakan Covid reda segera... Aamiin...



Nota kaki : Dalam situasi apa pun, jangan biarkan emosimu mengalahkan kecerdasanmu. - Buya Hamka

1 comment:

  1. Assalamualaikum cikgu, terima kasih ya, saya suka baca blog cikgu, banyak ilmu, saya mohon share ya, semoga cikgu sentiasa dalam rahmat Allah. terima kasih.

    ReplyDelete