Fungsi Baharu dalam Google Meet Jun 2021 - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 14 June 2021

Fungsi Baharu dalam Google Meet Jun 2021


Assalamualaikum gais!


Wow! Korang perasan tak? Dah ada fungsi baru dalam Google Meet... Hehe... Saya mula terperasan petang semalam semasa saya dan beberapa orang rakan mengadakan sesi sharing... Sebelum ni Google dah upgrade interface kepada dark mode... Kedudukan butang menu pun dah berubah... Ni ada tambahan lagi... Menarik jugak fungsi baru ni... Antara yang saya perasan adalah:-


1) Ada background yang bergerak


Ni mesti murid-murid suka... Hehe... Cute sangat! Cubalah try nanti, ada plak yang menari-nari kat background kita... Haha... Seriuslah, bukan budak je suka, saya pun suka! Excited!!!~ 😂


2) Fungsi Present sudah ditambah baik


Guru boleh nampak paparan secara terus dalam Google Meet. So, tak perlu dah nak split screen bagai... Boleh nampak melalui dalam Google Meet itu sendiri. Memudahkan kita nak buat pembentangan kan... Yay! Thumbs up, Google! 


Ni contoh yang sempat saya rakamkan... Boleh tengok... Background bergerak (camera saya tertutup dengan webcam shutter, sebab tu hanya nampak background jer... Hehe...) Tengok presentation saya, boleh nampak dari dalam Google Meet jer... Hoyeahhhh!~ 😆 


UPDATE

Ehh... Baru perasan saya rakam ni kat screen akaun lain... Yang presenting akaun Moe tu... Hahahah saya pun confuse banyak sangat bukak Google Meet dengan akaun sendirik... Bahahha... Tapi kat akaun sendiri yang sedang present tu pun memang boleh nampak clear macam ni... dah takde dah You are presenting tu... Hehe



Okay gais... Sekian sahaja perkongsian ringkas tentang fungsi baharu dalam Google Meet... Perubahan dalam teknologi sangat pesat dan cepat ya... Setiap aplikasi berubah dari semasa ke semasa, jadi sila rujuk tarikh post ditulis ya... Babai... Take care... 😁


Nota kaki :  Orang yang berakal seharusnya lebih banyak mempergunakan kedua telinganya daripada mulutnya. Dia perlu menyedari bahawa dia diberi dua telinga, sedangkan diberi mulut hanya satu supaya dia lebih banyak mendengar daripada berbicara. Seringkali orang menyesal di kemudian hari kerana perkataan yang diucapkannya, sementara diamnya tidak akan pernah membawa penyesalan.

No comments:

Post a Comment