Cara Buat Pilihan Dalam Google Form : Murid Boleh Pilih Menjawab Dalam Google Form Atau Dalam Buku - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday 16 June 2021

Cara Buat Pilihan Dalam Google Form : Murid Boleh Pilih Menjawab Dalam Google Form Atau Dalam Buku


Hai gais!  Assalamualaikum... 


Baru-baru ni dalam perkongsian saya, ada saya tunjukkan Google Form yang saya bina untuk murid saya. Mereka bebas memilih untuk menjawab soalan secara atas talian atau dalam buku tulis. Ramai pulak yang PM bertanyakan cara bagaimana saya set kan Google Form saya macam tu... 


Cara ni sesuai jika anda menggunakan buku teks / buku kerja yang memang murid-murid pun ada bukunya. Saya akan beri pilihan kepada murid-murid saya... Kalau tak boleh buat online, boleh buat dalam buku sebab ada latihan yang memang saya ambil directly dari buku teks / buku kerja... Fokus utama adalah nak perabiskan buku teks dan buku kerja. Haha... So, setiap kali sesi PdPR mesti ada latihan yang diambil dari buku teks/buku kerja. 


Tak dinafikan memang akan ada juga diselitkan aktiviti tambahan menggunakan segala online games/apps la apa la... Maklumlah, saya memang suka bereksplorasi dengan apps-apps pendidikan ni... Hehe... Gamilab, Wordwall, liveworksheet, Quizizz, Quizalize dan macam-macam lagi... Tapi... itu hanya tambahan nak bagi budak happy happy, syok-syok, enjoy the lesson. Selebihnya memang akan fokus guna buku teks. Akan olah macam-macam aktiviti, latihan, projek dll dari tajuk yang mereka belajar kat buku teks tu... 


KELEBIHAN MEMBERI PILIHAN SAMADA JAWAB DALAM GOOGLE FORM ATAU BUKU TULIS


Pertama, murid yang mungkin berkongsi telefon atau yang menggunakan telefon mak ayah, mudah nak buat latihan dalam buku tulis sekiranya mak ayah mereka tiada di rumah.. bekerja. Dan mak ayah juga mungkin boleh minta anaknya di rumah untuk buat latihan sekian-sekian di dalam buku... 


Kedua, memang ada sesetengah murid dah bosan mengadap screen dan memang minta nak menulis... Yes, memang ada keadaan sebegini ya. Ni contoh murid saya, mak dia PM bagi pihak anaknya minta nak jawab dalam buku sebab dah lama tak menulis. 




Ketiga, murid bebas membuat keputusan. Terpulang kepada dia nak belajar kaedah macam mana, nak jawab online atau offline. Dedua diterima. 


Keempat, ada murid prefer membaca buku (real book) dari membaca di screen. 


Kelima, bagus jika internet murid sendu... So, mereka boleh pilih menjawab dalam buku jer... Tak perlu buat online. 


Keenam, jika murid buat secara online, mudah sikit untuk cikgu... Sebab ada soalan yang jawapannya boleh diset siap-siap, jadi kerja menyemak jadi lebih mudah.


Okay la... Since ramai yang berminat, saya kongsikan langkah-langkahnya... Mudah saja... Tak susah pun. Jom tengok!


CARA BUAT PILIHAN DALAM GOOGLE FORM : MURID BOLEH PILIH MENJAWAB DALAM GOOGLE FORM ATAU DALAM BUKU




1. Wujudkan section. Yang ini untuk kita 'pecah-pecahkan' soalan mengikut bahagian tertentu. Lihat contoh pada gambar dibawah, Section 1 adalah soalan tentang maklumat murid sahaja.  


2. Klik pada tiga titik (sebelah Required), pilih Go To Section Based On Answer


3. Pada pilihan jawapan, tetapkan untuk In This Form - Pilih Continue To Next Section


4. Manakala untuk In My Exercise Book - Pilih Submit Form





5. Sambung siapkan soalan-soalan pada section berikutnya. Setkan sebagai kuiz. Masukkan jawapan siap-siap supaya murid boleh dapat semak jawapan mereka betul atau salah. Bila semua dah settle, boleh share link dengan murid. Bila murid pilih untuk jawab dalam buku tulis (in my exercise book), guru tetap akan dapat respon mereka. So, cikgu boleh detect berapa ramai murid yang buat latihan dalam buku tulis dan berapa ramai yang jawab secara atas talian. 


KLIK UNTUK BACA CARA UNTUK MEMBINA KUIZ GOOGLE FORM DENGAN SETTING MARKAH 


KLIK UNTUK BACA CARA UNTUK MEMASUKKAN KUIZ GOOGLE FORM DALAM GOOGLE CLASSROOM


By the way, ni cara saya. Boleh cuba... Tapi mungkin cara saya tak berkesan untuk murid anda... Pandai-pandailah... Masing-masing ada cara masing-masing... Cikgu lebih kenal murid cikgu sendiri... Cara kita mungkin berbeza. Apa pun cara kita, yang penting impaknya kepada murid. Murid kita tak sama, kemahiran & situasi kita pun berbeza... Jadi buat je macam mana pun asalkan objektif PdPR pada hari tersebut tercapai. 😁


Okay, sekian perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat... Take care, gais! Babai... 


Nota kaki: Don't tell me what they said against me, tell me what you told them to defend me.

No comments:

Post a Comment