Tengah Google Meet Tiba-Tiba Kena Hack? - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday 29 June 2021

Tengah Google Meet Tiba-Tiba Kena Hack?



Tengah Google Meet, tiba-tiba keluar paparan ala hacker macam ni, cikgu jangan panik ya... Ini prank! Ramai yang dah terkena. Mungkin ada murid yang nak bergurau kasar. Dia share screen semasa cikgu sedang mengajar! 😅


Ia hanyalah website hacker simulator yang di share ke Google Meet yang sedang berlangsung... Murid-murid kita ramai yang pandai-pandai, cikgu... Sabar je la... Nampak je macam kena hack tapi sebenarnya ia hanyalah simulator. Acah-acah je...


Bagaimana nak atasi? 


Gunakan fungsi host controls. Tutup fungsi share screen. Tutup fungsi chat. Buka jika perlu sahaja. (Rujuk gambar 1)




Time nak buat perbincangan ada pulak murid mencarut / kongsi link tak sepatutnya di ruangan chat. Apa nak buat? Sila remove murid tersebut. (Rujuk gambar 2)




Kemudian, off semula chat. Cepat-cepat taip titik (.) & tekan enter (ulang banyak-banyak kali) supaya mesej yang ditulis tu hilang dari pandangan... Yes, memang mesej tu masih ada, tapi tak nampak dah kat screen... nun jauh di atas. Kena scroll kalau nak tengok... Setakat ni chat tak boleh dipadam. Ni je cara nak 'hide' something yang dah ada dlm chat. (Rujuk gambar 3)




Galakkan murid-murid menggunakan akaun moe-dl... 


Ini contoh video yang sempat rakan saya rakamkan bila saya share kan laman hacker simulator tersebut semasa sesi Google Meet petang semalam... Kami ada sesi perkongsian ilmu tentang Google Sheets. Awalnya, saya pun tak tau sebenarnya ni cuma simulator, bila isu ni timbul dalam satu group, saya cuba mencari jawapan, bertanya dengan rakan-rakan yang lain... 


Alhamdulillah, terima kasih Cikgu Amir Othman kerana berkongsi ilmu ini. Serius, saya hampir percaya Google Meet di hack... Haha... Acah jer rupanya! Cehhhh... Thank you Cikgu Mohd Ariff Badarudin, tolong buat lakonan dan rakaman dengan baik... Terima kasih, Cikgu Kamal Iskandar, sudi tumpangkan kami untuk berekperimen kat Google Meet yang sepatutnya belajar tentang Sheets. Bhahaahahah.... 





Kredit video asal oleh Cikgu Mohd. Ariff -https://www.facebook.com/docfear007/videos/10227180807530160



Sedikit perkongsian tips dari saya pagi ni... Semoga bermanfaat, gais. Kalau ada lagi tips yang sesuai, boleh tambah kat ruangan komen ya... Sama-sama kita berkongsi ilmu, pendapat & pengalaman... InsyaAllah...  Semoga rakan-rakan terus bersemangat untuk PdPR dengan kaedah Google Meet ni... Take care semua! 😁


Nota kaki: Kebenaran itu tetap kebenaran walau tiada siapa yang mempercayainya. Penipuan tetap satu penipuan walau semua orang mempercayainya.

No comments:

Post a Comment