Google Meet Dengan V8 Plus Sound Card - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday, 10 July 2021

Google Meet Dengan V8 Plus Sound Card


 

Assalamualaikum gais!


Alhamdulillah, hari ni dah berjaya menggunakan V8 Sound Card semasa berGoogle Meet petang tadi... Ada sesi perbincangan serius-santai bersama rakan-rakan hari ni, jadi saya ambil peluang untuk mencuba V8 Sound Card ni dengan mereka. Minggu lepas dah cuba tapi tak menjadi, kali ni baru ngam! Baru cun setting nya... Yay!~


Apa fungsi V8 Plus Sound Card?


V8 sound card ni adalah alat yang membolehkan kita menggunakan bunyi-bunyi sound effect seperti bunyi tepuk tangan, bunyi boo, bunyi orang ketawa dll. Bukan setakat itu sahaja, malah suara kita pun boleh bertukar-tukar... Pilih je nak suara lelaki-perempuan, chipmunk, emcee dsb... Biasa kita lihat, ramai yang menggunakannya semasa membuat acara live di Facebook, Youtube dll... Bunyi-bunyi sound effect tu datang dari alat ini... Ada banyak juga sound effect kat alat ni... Hehe...


Beli V8 Plus Sound Card Tanpa Mic


Saya beli V8 Plus Sound Card ni takde niat lain selain nak cuba... Nak explore... Nak experience... Alhamdulillah alat berfungsi dengan baik sekali. Saya tidak membeli full set bersama mic... Saya cuma beli sound card sahaja. Nilainya lebih kurang RM60 sahaja di Shopee... Yang berminat boleh cari... Saya tak beli mic sebab rasa macam takde keperluan... Bukanlah nak beriya sangat, sekadar suka-suka mencuba benda baru! So, tak nak la invest lebih-lebih... Heheee...


Google Meet Dengan V8 Plus Sound Card


Pada saya, benda ni salah satu yang boleh kita gunakan semasa ber PdPR... Dengan harga mampu milik, still okay la kalau nak beli satu... So, tengah ber Google Meet dengan murid-murid mungkin boleh dimainkan sound effect tertentu. Mungkin bila murid menjawab dengan tepat, kita tekankan butang sound effect tepuk tangan tu... Bila murid jawab salah, kita tekan butang sound effect "oh, No!". Meriah kau! Haha... Saya test dengan kawan-kawan pun, semuanya terhibur... Alhamdulillah. 


Benda ni mungkin tak memberi kesan terhadap PdPR tapi mungkin dapat menambahkan keceriaan, keseronokkan semasa belajar tu... Murid-murid kita kan suka tengok orang yang main game secara Live di media sosial... Kebanyakkan gamers memang guna V8 Sound Card ni untuk sound effect semasa mereka Live. 


Macam seronok pulak dengar sound effect Booo, slap, clap, victory, chipmunk dll... Ceria bangat! Haha... Tapi perlu ke benda ni? Pada saya, ada pun ok, takde pun ok... Bukan suatu keperluan tapi kalau mampu dan nak mencari kelainan, boleh cuba!~


Setting V8 Plus Sound Card Tanpa Mic (Guna Headset)


Cara setting sangat mudah. Plug & play jer... Cable USB dipasangkan pada komputer. Oleh kerana saya tak beli Mic, saya gunakan headset jer... Tapi... Perlu ada splitter... So, cucuk headset pada splitter dan split kan cable mic dengan headset dalam lubang yang betul... On kan alat tersebut, siappp! Boleh digunakan... Tekan la bunyi apa yang korang nak, semua akan keluar dengan syarat Mic di Google Meet mesti dihidupkan.



 



Oh ya, jangan lupa setting kan Microphone & Speaker pada Google Meet korang... Pergi pada Setting - Audio... Pastikan korang pilih mic & speaker yang betul... 


Yang ni setting paling simple untuk sambungkan terus ke laptop... Boleh je nak sambung pada telefon, mic dsb... Tapi saya tak nak, sebab memang nak guna yang asas sahaja... 


Okay gais, sekian sahaja perkongsian kali ini... Semoga bermanfaat. Babai!~


Nota kaki : Ada yang lebih penting dari hasil iaitu... sebuah proses... 

No comments:

Post a Comment