Cara Memasukkan Kuiz Interaktif Dalam Video Youtube - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 28 August 2021

Cara Memasukkan Kuiz Interaktif Dalam Video Youtube



Halluuu gais!

Assalamualaikum... Apa khabar semua? Saya harap semua rakan-rakan sihat ya... Saya agak sibuk kebelakangan ini, banyak perkara yang perlu diselesaikan... Alhamdulillah hari ni ada sedikit kelapangan, dapatlah saya membua perkongsian di sini... Allah izinkan... Syukur...


Saya faham sekarang ni ramai guru-guru yang bertungkus lumus menyediakan video youtube untuk anak didik tonton dan belajar secara maya. Tak kurang juga ada rakan guru yang mengadu video yang diberikan tidak ditonton oleh murid... Takpe cikgu, sabar... 


Hari ni saya nak share bagaimana cikgu boleh masukkan soalan kuiz, poll dan soalan terbuka dalam video cikgu... Jadi mahu tak mahu, murid kena ikuti video cikgu untuk menjawab soalan... Soalan memang terselit dalam video. Sementara menonton, soalan-soalan akan keluar popup dalam paparan dan murid boleh menjawab terus... Ni salah satu cara untuk membantu murid-murid mengikuti video sehingga ke penghujungnya... 


CARA MEMASUKKAN KUIZ INTERAKTIF DALAM VIDEO YOUTUBE


1) Pergi ke laman https://vizia.co/


2) Daftar akaun terlebih dahulu... Boleh daftar guna akaun Google jer... Kalau dah ada akaun nanti, boleh login je terus...


Gambar 1


3) Klik pada NEW VIDEO (Rujuk gambar 1)


4)  Paste link youtube yang dikehendaki dalam ruang yang disediakan. Kemudian, klik butang CONTINUE. (Rujuk gambar 1)


Gambar 2


5) Isi maklumat yang diperlukan. 


EDIT NAME - Masukkan nama Video anda (Rujuk gambar 2)


EMBED - ambil link embed sekiranya anda ingin memasukkan video anda ke mana-mana blog/site/dsb

(Rujuk gambar 2)


GATE VIDEO - Pastikan anda TURN ON butang ini untuk memastikan murid-murid dapat masukkan maklumat seperti nama dan email mereka sebelum mereka mula menjawab soalan/menonton video. (Rujuk gambar 2)


6) Pergi ke TIMELINE, stop di mana-mana bahagian video untuk ADD INTERACTION iaitu untuk masukkan poll, soalan kuiz atau soalan terbuka... Just gerakkan cursor kat dalam TIMELINE untuk masukkan soalan... Jadi sepanjang video tu pastikan ada soalan yang diberikan supaya murid tidak bosan menonton... (Rujuk gambar 2)


Gambar 3


7)  Untuk soalan Kuiz, jangan lupa tandakan jawapan yang BETUL pada salah satu pilihan jawapan supaya markah dapat dipaparkan. Klik butang SAVE. (Rujuk gambar 3)


8) Setelah selesai memasukkan soalan, pergi ke SHARE, copy link tersebut dan kongsikan dengan murid-murid. (Rujuk gambar 2) 


Gambar 4


9) Setelah murid menjawab, anda boleh dapatkan respon mereka di RESPONSES - Respon jawapan mereka dalam bentuk Google Sheets / Download CSV untuk dapat paparan dalam Microsoft Excel. (Rujuk gambar 2 & 4)


PAPARAN KUIZ INTERAKTIF DALAM VIDEO YOUTUBE PADA PERANTI MURID/PENONTON 


Murid perlu masukkan nama / email.



Sementara menonton video Youtube, soalan akan terpapar & murid boleh terus menjawab.



Markah kuiz akan terpapar. Poll takde markah ya...


Okay macam mana? Mudah jer kan... Hehe... Saya harap post ni membantu rakan-rakan guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran terutama dalam situasi PdPR sekarang ni... Actually saya dah jumpa beberapa kaedah, ni salah satu yang paling simple. Ada lagi kaedah lain, insyaAllah ada masa nanti saya akan kongsikan di sini... 


Take care, semua! Jangan lupa patuhi SOP... Saya doakan semua rakan-rakan sentiasa sihat, berada dalam keadaan yang selamat dan dijauhkan dari wabak Covid19. Doakan saya juga ya... Aamiin... 


Nota kaki : Bila seseorang yang kau sakiti itu diam, tidak membalas dan dia pergi dengan hati yang sedih, lalu malamnya dia mengadukan nasibnya pada Allah, ketahuilah kamu dalam masalah besar!

1 comment:

  1. ASSALAMUALAIKUM,

    VIDEO TU HANYA VIDEO YANG TAK ADA COPYRIGHT SAJA KAN?

    ReplyDelete