Cara Menghasilkan Lembaran Interaktif Dengan Mudah & Pantas - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday 31 August 2021

Cara Menghasilkan Lembaran Interaktif Dengan Mudah & Pantas

 


Assalamualaikum semua... 


Apa khabar semua? Hari ni saya nak share bagaimana cara anda boleh menukar lembaran kerja kepada lembaran kerja interaktif yang mana murid-murid boleh terus menjawab latihan-latihan yang diberikan secara atas talian. Ala-ala liveworksheet. Memang best sebab kita boleh guna lembaran sedia ada... 


Bagi saya, aplikasi ni lebih straight forward & mudah digunakan. Apa pun terpulang kepada anda. Ni sekadar pilihan kepada liveworksheets... Nak guna aplikasi yang mana, terserah... Yang penting PdPR on dan memberi impak kepada murid-murid. Nak buat ujian dengan kaedah ni pun ok jugak... Hehe... 


CARA MENUKAR LEMBARAN KERJA KEPADA LEMBARAN INTERAKTIF TEACHERMADE


1) Pergi ke laman http://teachermade.com



2) Klik SIGN UP untuk mendaftar akaun. Sekiranya sudah mempunyai akaun, klik SIGN IN


3) Klik CREATE WORKSHEET




4) Masukkan maklumat seperti tajuk (title), deskripsi, bahan latihan PdP (background). Boleh klik dan upload bahan dari laptop mengikut format yang ditetapkan contohnya PDF, JPG, docx dll. Kemudian, klik MAKE MY FILE.



5) Okay next, pilih bahan mana yang hendak digunakan... Kalau kita masukkan file dalam bentuk PDF, kita masih boleh pilih mukasurat mana yang kita nak... Tak semestinya masuk semua sekali...


6) Setelah bahan masuk ke teachermade, bolehlah mula masukkan jawapan/template untuk murid menjawab.




7) Untuk mengubah soalan menjadi interaktif, klik pada butang INSERT. Ada banyak jenis pilihan di situ. Boleh pilih yang mana sesuai. 


CONTOH SOALAN


Short answer


Klik pada EDIT SHORT ANSWER untuk masukkan jawapan yang betul & markah. Kemudian, klik SAVE CHANGES.






Matching


Klik pada menu INSERT - MATCHING - klik pada perkataan / gambar yang hendak disuaikan. Ulang pada semua gambar/perkataan. Kemudian, untuk suaikan dengan jawapan yang betul, klik kekunci SHIFT dan klik pada butang jawapan yang hendak disuaikan. Ni untuk setting guru ya... Untuk murid, mereka tak perlu tekan shift bagai... mereka hanya suaikan je terus...





✅ True / False


Ada banyak pilihan untuk True/False ni... Nak letak T/F sahaja ke, Yes/No ke... Terpulang... Untuk BM, boleh pilih CUSTOM dan taipkan Ya/Tidak atau Betul/Salah... 


 Kemudian, resize kotak tu untuk tutup perkataan sedia ada. Tandakan jawapan yang betul... Siap!




✅ Multiple Choice


Untuk multiple choice, ada banyak pilihan samada nak buat untuk 2 pilihan sehingga 8 pilihan jawapan... Yang menariknya, ada juga 4 choices 2x2... Yelah kadang-kadang ada soalan bentuk macam ni kan... Memang memudahkan... 


Bila dah masukkan multiple choice, resize supaya jadi cantik dan kena dengan soalan anda... tandakan jawapan yang betul. Siap!




Lain-lain soalan boleh explore sendiri hokay! Untuk MATEMATIK pun ada... Kalau tak tau, klik pada menu HELP... Semua ada disitu... Penerangan ringkas & mudah difahami... Sangat membantu!


CARA MEMBERI LATIHAN KEPADA MURID MENGGUNAKAN LEMBARAN INTERAKTIF


8) Klik pada menu MY WORKSHEETS.


9) Klik pada tiga titik - ASSIGN WORKSHEET.



10) Pada CREATE ASSIGNMENT - pilih TEACHERMADE - NEXT



11) Buat tetapan pada UPDATE ASSIGNMENT




12) Salin link - Kongsikan kepada murid



TIPS 


1) Untuk ubah bahan, klik pada FILE - CHANGE BACKGROUND




2) Untuk ruangan nama murid, masukkan SHORT ANSWER supaya memudahkan murid-murid untuk menaip nama mereka. Kemudian, klik pada EDIT SHORT ANSWER - NUMBER OF POINT - DO NOT SCORE-SAVE CHANGES


Tak perlu ada markah untuk nama...



3) Klik pada menu SCORING untuk membuat tetapan markah... Boleh setting siap-siap kat sini...



4) Bila dah siap, tekan butang PREVIEW untuk semak samada soalan/markah berfungsi dengan baik.


5) Nak masukkan teks, boleh klik pada menu INSERT - TEACHER TEXT untuk taip teks. Mungkin ada kesilapan ke nak diubah, boleh gunakan TEACHER TEXT ni... 


6) Nak masukkan imej, klik pada INSERT - IMAGE.


7) Nak padam apa-apa, boleh klik pada menu INSERT - COLOUR BLOCK / ERASER


CONTOH PAPARAN GURU SETELAH MENERIMA HASIL KERJA DARI MURID-MURID


1) Guru klik pada skor murid untuk semak jawapan murid dan masukkan markah manual jika perlu. Kot la nak bagi markah untuk sahsiah ke apa ke... Boleh tambahkan secara manual... Untuk guru yang beri soalan Open Answer pun perlu buat manual macam ni ya... Buka latihan murid & semak... 


Yang ni banyak tak siap sebab cikgu-cikgu hanya try jer semasa bengkel online dengan saya tempoh hari... Hihi...


2) Guru boleh semak berapa lama murid spend masa untuk jawab soalan yang diberikan... 


3) Pilih AUTO+TEACHER untuk masukkan markah tambahan sekiranya perlu.



4) Keputusan akan dihantar ke email murid ATAU bila murid masuk ke link yang dikongsikan masa mula-mula tu dengan menggunakan email yang sama, keputusan mereka akan terpapar. 


Ada banyak lagi yang kalian boleh explore sendiri... Tak susah pun, insyaAllah... 😊


Saya try apps ni few months ago tapi ambil masa lama untuk keluarkan tutorial dalam blog... Mula-mula explore sikit sendiri-sendiri jer dan kebetulan Cikgu Soffea Rahim buat bengkel & saya sempat join bengkel tu... Terima kasih, Cikgu! 


Cuba tau! Memang mudah sangat... Serius... Cuma saya nak explain dalam bentuk text (blog) macam ni, macam nampak rumit sikit... Padahal benda mudah jer... Hehe... Saya doakan semoga Allah mempermudahkan urusan rakan-rakan guru menjalani PdPR... Take care semua... 


REZEKI UNTUK PEMBACA BLOG RAIHANJALALUDIN.COM


Rezeki untuk pembaca blog raihanjalaludin.com. Bagi yang berminat nak menggunakan versi PRO, boleh gunakan kod voucher ini untuk mendapatkan potongan harga 40%  (KOD - MALAY21) Harga versi PRO untuk setahun adalah $49, TAPI dengan menggunakan voucher ini, anda hanya perlu membayar sebanyak $29.40 sahaja... Terhad sehingga 30 September 2021.  



Boleh rujuk : https://teachermade.com/teachermade-features/


Nota kaki : Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-64. Hari ni ikutkan birthday arwah mama saya yang ke-64... Al-Fatihah untuk mama saya... Terima kasih, semua... Assalamualaikum... 😔


No comments:

Post a Comment