Sesi Perkongsian - Bengkel Guru Pemulihan Juara Digital Daerah Kinta Utara - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 4 September 2021

Sesi Perkongsian - Bengkel Guru Pemulihan Juara Digital Daerah Kinta Utara



Minggu lalu, saya diundang oleh Unit Pemulihan PPD Kinta Utara untuk membuat sesi perkongsian ilmu dengan guru-guru pemulihan Daerah Kinta Utara. Alhamdulillah, dapat saya kongsikan sedikit ilmu yang ada tentang penggunaan Microsoft 365 dalam PdP secara maya... Selain itu, ada diselitkan sekali tentang aplikasi Skribbl. Skribbl ni digunakan sebagai salah satu kaedah didik hibur dimana murid-murid membaca perkataan, melukis dan rakan-rakan meneka lukisan mereka. 


Yang berminat nak mencuba aplikasi Skribbl, sila rujuk post saya yang terdahulu... https://www.raihanjalaludin.com/2021/07/aktiviti-lukis-teka-online.html Boleh jer nak main dalam Bahasa Melayu, masukkan perkataan dalam Bahasa Melayu... On!


Seronok bila dapat feedback yang baik dari guru-guru. Murid-murid mereka pun seronok... Inilah yang kita mahu, penglibatan murid-murid yang aktif sedikit sebanyak dapat membantu pembelajaran mereka secara jarak jauh ni kan... 




 





Terima kasih cikgu Iylia Hani Mohd Radzi dan Puan Azlina Binti Ibrahim Lastar, Penolong PPD Unit Pemulihan PPDKIU kerana berkongsi gambar-gambar sepanjang berbengkel... Saya punya nervous nak buat sharing sampai terlupa nak screenshot... Hehehe... 


Syabas diucapkan kepada Unit Pemulihan PPD Kinta Utara atas penganjuran bengkel seumpama ini. Keep it up! 👍 Okay semua... Take care, assalamualaikum...


 Nota kaki : The funny thing is when you don't let people disrespect you, they started calling you difficult. 

No comments:

Post a Comment