Bengkel Kemahiran Digital Tools Menggunakan Whatsapp & Telegram Bersama SMK Sultan Alauddin, Kulai - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 13 September 2021

Bengkel Kemahiran Digital Tools Menggunakan Whatsapp & Telegram Bersama SMK Sultan Alauddin, Kulai



Alhamdulillah, selesai bengkel bersama warga SMK Sultan Alauddin, Kulai, Johor yang telah dijadualkan semalam, Ahad, 12 September 2021. Bengkel tentang kemahiran Digital Tools Menggunakan Whatsapp dan Telegram bagi memantapkan lagi sesi PdPR guru-guru.


Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput saya untuk berkongsi sedikit ilmu yang ada. Semoga perkongsian bermanfaat dan dapat sedikit sebanyak memberi impak kepada penglibatan murid-murid kelak. Macam-macam aktiviti yang boleh dijalankan untuk PdPR walaupun sekadar menggunakan Whatsapp dan Telegram... Nak bersemuka secara maya, boleh, nak simpan evidens boleh... Nak guna modul, boleh... Asalkan guru kreatif mempelbagaikan aktiviti serta berani berekplorasi dengan aplikasi-aplikasi yang bersesuaian dengan pendidikan. 



Perancangan bengkel yang begitu rapi... Sentiasa person in charge (Cikgu Wan) update saya dengan perkembangan sebelum bengkel bermula sehinggalah selesai. Rasa sangat selesa bekerjasama dengan mereka. Syukur Allah temukan mereka-mereka yang mudah untuk kita berurusan. Terima kasih sekali lagi atas jemputan... Terima kasih juga atas feedback yang baik... Selamat maju jaya, SMK Raja Alauddin, Kulai Johor.


Cantik sijilnya... alhamdulillah... 😇


Nota kaki: Jadikan yang biasa-biasa, luar biasa.

No comments:

Post a Comment