Cara Menggunakan Fungsi Read Aloud Dalam Laman Web Atau Dokumen Berformat PDF - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 18 September 2021

Cara Menggunakan Fungsi Read Aloud Dalam Laman Web Atau Dokumen Berformat PDF


Assalamualaikum... 


Hai gais! Apa khabar semua? Cuti sekolah seminggu dah nak sampai ke penghujungnya... Macam mana persediaan PdPR? Okay tak? 


Hari ni saya nak kongsikan cara bagaimana nak buat tetapan agar artikel dalam laman web atau dokumen berformat PDF dapat dibacakan untuk kita. Komputer tolong bacakan untuk kita... Hehe... So, lepas ni, kita ada pilihan samada nak membaca atau nak mendengar... Atau buat kedua-duanya sekali... Membaca dan mendengar.


Caranya sangat mudah... Hanya gunakan aplikasi web browser Microsoft Edge yang memang dah sedia ada dalam laptop yang menggunakan perisian Windows


Fungsi ini saya rasakan sangat membantu dalam PdP. Nak ajar membaca, nak beri murid mendengar nota... Nahh... Ini salah satu kaedahnya. Ada banyak pilihan bahasa termasuk BM, BI, Bahasa Indonesia, Bahasa Cina dan lain-lain... 


Cara Menggunakan Fungsi Read Aloud Untuk Artikel Dalam Laman Web Atau Dokumen Berformat PDF


1) Buka aplikasi Micsosoft Edge pada laptop anda.


2) Buka mana-mana laman web yang hendak dibacakan / digunakan bersama murid-murid. Tak semestinya nak guna keseluruhan artikel, anda juga boleh highlight teks tertentu sahaja. 


3) Highlight teks yang hendak didengar. Pada mouse, klik kanan. Kemudian, pilih READ ALOUD SELECTION.



4) Anda boleh membuat tetapan kelajuan bacaan & memilih suara pembaca.



5) Sekiranya anda ada bahan-bahan pengajaran dalam bentuk PDF, boleh cuba buka bahan tersebut menggunakan aplikasi Microsoft Edge. Anda boleh menulis (annotate), highlight perkataan dan juga menggunakan fungsi read aloud. Ni contoh bahan bacaan dalam PDF. Mudah nak guna semasa mengajar. 



6) Yang di bawah ni, bahan PDF dari laptop yang dibuka menerusi Microsoft Edge. Nampak tak ada fungsi READ ALOUD, DRAW, HIGHLIGHT, ERASE... 




Sekiranya bahasa yang dikehendaki tiada dalam senarai, tak mengapa... Anda boleh tambah sendiri.


Cara Menambah Bahasa


1) Pada laptop anda, pergi ke SETTING - TIME & LANGUAGE



2) Pada menu PREFERED LANGUAGE - klik butang tambah dan taipkan bahasa yang dikehendaki.


3) Klik NEXT - INSTALL


Rujukan : https://www.softwarert.com/add-languages-voices-to-edge-browser-read-aloud/


Baca cara paling mudah untuk annotate & mendengar teks dalam dokumen PDF Semasa Google Meet: https://www.raihanjalaludin.com/2021/09/cara-paling-mudah-untuk-annotate.html


Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini... Semoga bermanfaat... 


Nota kaki: Keikhlasan itu mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.

No comments:

Post a Comment