Cara Paling Mudah Untuk Annotate & Mendengar Teks Dalam Dokumen PDF Semasa Google Meet - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 19 September 2021

Cara Paling Mudah Untuk Annotate & Mendengar Teks Dalam Dokumen PDF Semasa Google Meet



Hallu gais!


Assalamualaikum. Okay, hari ni saya nak buat satu lagi perkongsian ringkas yang mana mungkin sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan guru semasa mengajar secara atas talian. 


Ada beberapa cara nak annotate dalam PDF, ni salah satu cara yang bagi saya sangat mudah untuk dilaksanakan memandangkan aplikasinya memang pun telah tersedia ada dalam laptop cikgu-cikgu yang menggunakan perisian Windows. Aplikasi yang saya maksudkan adalah Microsoft Edge.


Cara Paling Mudah Untuk Annotate & Mendengar Teks Dalam Dokumen PDF Semasa Google Meet


1) Buka dokumen PDF yang dikehendaki. Klik kanan pada mouse, kemudian pilih Open with - Microsoft Edge.



2) Kemudian, dalam Microsoft Edge tersebut, tambah satu lagi tab, buka Google Meet. 

(Kalau ikutkan, Microsoft Edge ni padanannya dengan Microsoft Teams, tapi nak gunakan dengan aplikasi Google Meet pun, okay saja rasanya... Hehe)


3) Share Screen PDF tersebut dalam Google Meet. Pilih Present - A Tab


4) Okay, sekarang tarik salah satu tab dan letakkan di sebelah. Rujuk video ini...



5) Okay, anda dah boleh nampak murid-murid dalam Google Meet dan gunakan dokumen PDF di tab sebelah tu untuk mengajar... Nak conteng ke, nak bincang jawapan ke... Boleh jer...


Paparan skrin... tab sebelah menyebelah...



Boleh gunakan fungsi pen/highlight/eraser... Boleh tukar warna pen...


Boleh pilih cara nak papar bahan... Two pages nampak macam buku... Gituhhh...



6) Memandangkan kita pilih present a tab, maka bunyi pun boleh detect sekali... Jadi, bukan setakat annotate sahaja, anda juga boleh menggunakan fungsi READ ALOUD untuk membenarkan Microsoft Edge membacakan teks yang tersedia pada dokumen PDF tersebut. So, kalau nak baca nota ke nak ajar murid membaca ke, ini sangat membantu... 


Untuk menggunakan fungsi READ ALOUD, pastikan mic di buka pada Google Meet. Kalau tak, orang lain tak boleh dengar bacaan dari fungsi READ ALOUD tu... 


Baca tentang cara penggunaan READ ALOUD untuk pelbagai bahasa... Nak setting untuk Bahasa Melayu atau Bahasa yang tak tersenarai dalam list... Boleh rujuk post ini... https://www.raihanjalaludin.com/2021/09/cara-menggunakan-fungsi-read-aloud.html






Sekian sahaja perkongsian untuk malam ini. Bahan-bahan lembaran yang dalam gambar tu saya ambil dari internet... Pinjam untuk buat tutorial... Hehe... Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat hendaknya... Selamat mencuba! Take care, gais! Babai...


Nota kaki: Istigfar untuk masa lalu. Bersyukur untuk masa kini. Berdoa untuk masa depan. 

No comments:

Post a Comment